Apa selepas ini? Setelah apa yang diimpikan telah tercapai?

Dahulu.

Bila mereka tanya, apa yang ingin saya lakukan dalam hidup? Saya jawab begini, begini, begini, [maklumat apa yang dihajati perlu dirahsiakan].

Selepas jawapan itu, saya sambung semula dengan kata-kata ini;

“Tapi, itu semua tak mungkin dapat saya capai kerana banyak perkara yang menghalang”.

Mereka berkerut. Saya tahu alasan saya kerana tiada masa dan tiada itu, itu, dan itu menyebabkan cita-cita saya terhalang. Ketiadaan ‘itu’ yang kononnya menyebabkan saya tidak boleh melangsaikan kerja-kerja penulisan dan pengeditan gambar di rumah. Ketiadaan ‘itu’ yang kononnya tidak melengkapkan aksesori kamera saya dan ketiadaan ‘itu’ yang kononnya menyukarkan saya bergerak ke sana sini.

Sungguh memualkan. Macam budak kecil. Yang tidak tahu mencari jalan untuk mencapai cita-cita. Juga seperti anak-anak kecil yang belum diajar tentang “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Tapi kini. Sekarang. Itu, Itu dan itu bukan lagi penghalang.

Apa yang saya hajati hampir tercapai. Apa yang saya impikan sebahagiannya telah dimiliki. Lalu, apa lagi?

Masih mahu beralasan atau berusaha membuktikan bahawa hidup yang sekali ini harus dimanfaatkan sebaiknya.

Untuk bahagia yang ada ini, saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi banyak kegembiraan buat saya.

Advertisements