Malang yang tidak berbau. Jika berbau, sudah pasti saya akan ingatkan kamu bahawa kamu akan kemalangan.

Minggu ini, berita tentang kemalangan kawan-kawan datang menerpa ke ruang gegendang telinga.

Takziah buat jejaka ini, kawan yang memberi banyak semangat untuk saya hidup.

Takziah juga buat Hasfa, yang kemalangan dua hari lepas. Pertemuan kita dibatalkan.

Kamu berdua jaga diri baik-baik.

Saya nak lawat pun tak tahu bagaimana, kerana kamu berdua berada di ruangan yang seorang perempuan tidak boleh berada di dalamnya, kecuali berteman. Sedangkan saya tak punya ramai kawan perempuan.

Nak rawat pun tak tahu.
Nak urut pun tak tahu. Kalau tahu, pasti tidak manis kan?
Yang saya tahu cuma secebis doa untuk kesihatan kamu berdua. Itupun jika doa perempuan seperti saya dimakbulkan tuhan.

Semoga kamu dan kamu, sihat seperti sediakala dan boleh menemani tawa dan rajuk saya seperti biasa.