Menantimu jejaka bagai menenun songket cinta. Sepuluh jari terluka, namun hasilnya menjadi penawar
Assalamualaikum. Sepatutnya itu yang diucapkan ketika bahumu kucuit, dan kau berpaling. Mata kita bertentang.
Assalamualaikum. Ucapan pertama yang seharusnya kuberi, kerana buat sementara ini, pada pertemuan ini, ucapan sejahtera untukmu seharusnya mendahului putaran babak-babak silam yang manis.
Assalamualaikum, tidak sempat kuucap padamu. Babak-babak silam itu terlalu manis. Bagai madu. Menghiasi senyumku. Dan senyummu.
Ketika alis matamu kurenung. Ketika bibirmu kutatap. Aku terlupakan assalamualaikum.
Ketika mataku melingkari wajahmu. Ketika bibirku kelu dek kerana panahan jiwa yang tiba-tiba menggila. Semuanya ‘ketika’ yang membuatkan aku dan kamu terlupa…
Assalamualaikum!
Semoga penantian ini membina pertemuan yang diberkati. Amin.
Jun 24,2008 at 12:28 pm
Semoga pertemuan ini membahagiakan kamu, setelah tersiksa dengan penantian! Tadi aku telefon kawan blog untuk bertanya khabar, tapi aku tak tahu khabar apa yang diberitahu … Sekadar memberitahu kamu!
Jun 24,2008 at 2:04 pm
izrittzz, pertemuan selalunya menggembirakan. Tapi ada keadaan tertentu yang membuatkan ia tidak dirai sepatutnya. Mungkin pertemuan itu dipaksa…
Mungkin kawan blog anda sedang kemurungan dan tidak mahu diganggu. Mungkin. Berilah masa untuknya. Saya percaya dia bukan seorang yang kejam sehingga sanggup melukakan hati kawannya.
Jun 24,2008 at 4:17 pm
Ehmm… mungkin jugak ye Cik Bayan, tapi mengapa aku selalu teringatkan padanya akhir-akhir ini? Aku harap kemurungannya tidak berpanjangan kerana aku sangat berharap akan dapat berjumpanya sedikit masa nanti. InsyaAllah!
Jun 24,2008 at 7:37 pm
songket cinta yg ditenun, untuk jejaka atau tukang tenunnya
Julai 4,2008 at 8:27 am
Beramallah untuk dunia bagikan kau hidup selama lamanya
beramallah untuk akhirat bagaikan eok kau mati
Julai 4,2008 at 8:29 am
Ad dunya jifatun
watullabuha kilabun
ad dunya mazra atul akhirah
Julai 14,2008 at 6:46 am
Assalamualaikum Warahmatullah,
Salam sejahtera dipagi hari,
Sebuah perkenalan sesuatu yang indah,
dari sahabat ustazsubhi
Julai 14,2008 at 8:30 am
wa’alaikumsalam terucap di hati,
menyambut salam sahabat di sana,
sapaan ikhlas di pagi hari,
sebuah perkenalan menjadi nyata.
Ustaz Subhi, terima kasih sudi bertandang ke sini.
Julai 24,2008 at 4:15 pm
waktu petang turun mentari
usallai fardal asri
kewajipan kita pada ilahi
tuanikan solat setiap hari
Julai 25,2008 at 11:59 am
Ustazsubhi, jualan pantun yang baik…Saya cuba membelinya.
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam siriang-riang;
Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
[heheheh…saya membelinya dari buku Puisi Melayu Tradisional]
Ogos 4,2008 at 6:57 am
Israk Mikraj dikenang selalu
mukjizat Rasul bukti kenabian
sayang nya insan tak ramai yang tahu
rahsia nabi seluruh perjalanan
Ogos 26,2008 at 7:07 am
Sya’ban hampir meninggalkan kita
ramadhan akan tiba kembali
muhasabah diri pahala dan dosa
bekal kembali pada ILAHI
September 2,2008 at 11:06 am
wahai orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas mereka yang terdahulu dari kamu mudah mudahan kamu bertakwa.
1. kenapa diseru wahai orang yang beriman.
2. apakah takrif iman
3. siapakah mereka yang terdahulu itu
4. apakah takwa itu
September 2,2008 at 11:43 am
ustazsubhi; Banyaknya pertanyaan. Tak mampu saya jelaskan di sini. Ataupun lebih tepat, saya bukan orang yang layak mentafsir bahasa Tuhan dengan tepat.
September 4,2008 at 6:24 am
ok lah nanti ustaz terangkan…ustaz tulis untuk tatapan umum supaya mereka bertanya kembali sama ada melalui wordpress ustaz.
ustaz memang seorang penceramah bebas dan juga salah seorang imam masjid negara. memberi kuliah disekitar lembah kelang
mempunyai tauliah Wilayah Persekutuan .Tauliah negeri perak. Tauliah negeri kedah.
sebenarnya persoalan ini adalah ceramah ustaz
menjelang ramadan ni seminggu yang lalu .dimana ustaz dijemput memeberi ceramah penmghayatan ramadan. bukan tanya nak tahu tapi tanya supaya manusia berfikir.
September 4,2008 at 1:58 pm
Terima kasih ustazsubhi kerana sudi menerangkan dan sudi bertandang ke blog saya yang tak banyak pahalanya ni.
September 8,2008 at 8:06 am
bangun bertahajud ditengah malam
mohon limpah kurnia ilahi
jauh kelihatan berbalam balam
bayangan bayan terbang kemari
Disember 17,2008 at 7:55 am
ustaz bile nak belanja makan?
Julai 25,2009 at 1:08 pm
Assalamualaikum,
bertemu kembali di internet,
ustaz menulis pada semua,
di hadapan Allah terasa kenit,
di padang mahsyar dibicara
setahun telah berlalu,
sekarang syakban ramadan menunggu,
taufik hidayah pohonkan selalu,
didalam iman kematian kalian dan aku
Ogos 5,2014 at 12:22 am
السلام عليكم
lama ustaz tak tulis disini. . sekarang dah pencen. … bayan masih terbang lagi kah