Apabila naga dan harimau [baca: Rimau] bergaduh, Bayan di tengah-tengah pasti tersepit. Tapi Bayan mampu tersenyum bahagia.

Kamu perasan. Cheh!

Kisah dalam kisah. Atau lebih dikenali dengan nama cerita berbingkai.

KISAH BERKISAH 1

Hari ini di Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Bengkel Ilustrasi Buku Bergambar Kanak-Kanak yang menjemput seorang pelukis ilustrasi buku kanak-kanak, Axel Scheffler dari German.

Ini kisah sebenarnya. Axel Scheffler terkenal melalui bidang penyediaan ilustrasi buku kanak-kanak dan banyak karyanya telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Blue Peter Award for The Best Illustrated Book to Read Aloud bagi buku The Snail and The Whale dan Room on the Broom.

Manakala buku The Gruffalo yang memaparkan gambar seekor [?] makhluk jelmaan yang menakutkan tetapi nampak manis, telah memenangi anugerah Smarties Gold Medal award for Picture Books. Buku ini telah diterjemahkan ke lebih 20 bahasa dan berjaya dijual melebihi dua juta naskhah.

Bengkel ini sebenarnya merupakan satu perkongsian pengalaman antara panel [Axel} dengan pelukis tempatan serta memupuk minat kepada mereka yang baru menerokai bidang ini. Dan tidak dinafikan, pelukis tempatan juga tidak kurang hebatnya. Antaranya Mohd Yusof bin Ismail, Asmadi Abdul wahab dan tidak terlupakan sinaganaga serta ramai lagi.

Antara karya pelukis tempatan yang dipamerkan di sana:

KISAH BERKISAH 2

Blook Ayah Kita Bos yang baru saya miliki sedangkan buku ini sudah lunyai ditangan orang lain. Maknanya? Maknanya saya lambat memilikinya la…

Saya bagi sms pada dia , Lama tak jumpa. Kalau saya cakap dengan rimau, saya sedang bertentang mata dengan naga, dia mesti bengkek. Hahahaha…

Dia jawab, Saya tengah tengok kertas A4

Saya merajuk, ye la, A4 lebih seksi dan sedikit transparent.

Dia gelak senyap, Muerkekeke….

*Fuh…nasib baik buku Ayah Kita Bos ada lagi.

KISAH BERKISAH 3

Bertemu Marsli N.O. Buku-buku karya beliau yang saya janjikan pada diri sendiri mahu memilikinya bulan hadapan telah pun saya miliki hari ini. Terima kasih Encik Marsli yang mungkin juga bersusah payah menemui saya di DBP sedangkan kami telah berjanji untuk bertemu pada malam Jumaat ini semasa Baca Puisi Kuala Lumpur.

Dan semangat serta kata-kata manis yang dititipkan buat saya secara enam mata [naga ada sekali], benar-benar menggugah semangat saya untuk menulis semula. Semangat itu telah hilang bersama perginya bos saya yang telah berpindah ke JPM.

KISAH BERKISAH 4

Semalam Saya menerima buah tangan Zaki Zainol aka Kangaq. Saya gembira. Sambil memikirkan jadual yang akan diganggu gugat bagi memberi ruang meneroka Takluk Jagat – Amukan Indera Bumi [Bahagian II].

Ya, saya bergegas memesan Takluk Jagat II ini setelah teruja membaca Takluk Jagat 1 – Bisikan Ariasha.

Baru tiba muka surat ke 7, saya sudah tergelak sengal di dalam bas yang dipadati oleh Abang La dan Abang Don. Dan aduh….terbaca muka surat terakhir yang tidak sepatutnya saya baca.

Terima Kasih Kangaq!

*Senyum yang bertimpa-timpa tidak sakit seperti sakitnya ‘sudah jatuh ditimpa tangga'”.