Saya geram. Bukan dengan kamu, jejaka yang sejak akhir-akhir ini seolah-olah semakin tidak kenal dengan saya!

Saya tahu kamu juga geram!

Dengan Skynet. Serius.

Seorang teman bersungguh menghantar sekeping kad ucapan sempena ulangtahun kelahiran saya semalam. Terima kasih saya ucapkan.

Kad tersebut telah di hantar pada hari khamis yang lepas. Dan janjinya akan sampai pada hari jumaat. Namun, kad tersebut baru sampai hari ini, selasa, setelah pihak pengantara iaitu skynet tidak menjumpai alamat yang tertera.

Bagi pengirim kad, sudah pasti ia amat mengecewakan apabila ‘kejutan’ yang ingin dibuat tidak menjadi.

Bagi penerima kad, sudah pasti ia mengecewakan apabila kad yang diterima agak ‘cacat’ akibat tebukan ‘stapler’ yang menghiasi tepi kad ucapan itu.

Ya, Saya geram! Dan saya juga tahu kamu geram!

Advertisements