Ini bukan kisah cinta antara kamu dengan jejaka yang bernama Alam!

Kata Tuhan, “untuk hari ni, jumlah udara yang kamu sedut bernilai RM20. Sila bayar di kaunter”

“Wang tidak boleh mengembalikan alam kepada bentuk asalnya. Percayalah!”

Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) bukan sahaja dilangsungkan di Malaysia tetapi seluruh dunia sejak tahun 1972 lagi. Setiap tahun HASS disambut dengan membawa tema yang pelbagai dan slogan yang membawa masyarakat untuk menilai kembali situasi alam sekitar sekeliling mereka di samping berusaha memelihara alam sekitar sebaik mungkin.

5 Jun 2008, HASS mengambil tema “CO2, Buangkan Tabiat Lama! Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon” (CO2, Kick The Habit! Towards A Low Carbon Economy). Di Malaysia, tema ini menjadi sesuatu hal yang perlu direnungkan bersesuaian dengan slogan yang digunapakai iaitu ‘menghijaukan bumi kita’.

Bukan mudah mencetus kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Slogan demi slogan, dan kempen demi kempen dilaungkan demi menyeru kesedaran umum tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Amat menyedihkan apabila kempen dan slogan serta usaha-usaha murni beberapa pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar hanya habis setakat itu.

Pemanasan global, pasang surut laut yang tidak menentu, pengeluaran karbon yang berlebihan daripada aktiviti ekonomi dan kenderaan, bencana alam yang dahsyat yang mengakibatkan jutaan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda, tidak memberi kesedaran yang cukup untuk masayarakat bangkit mempertahankan keseimbangan alam semulajadi.

Baca seterusnya