Berkecai hati terhempas tak bersambut
sendiriku pungut cebis derainya..
Bersama raga nan hampa melara
Ku hanyut terbiar dalam gelora
Ingin benar ku jd milikmu
Hingga akhir masa kita bersama
Namun mimpi dan hakikat terlaga
Nurani ku jua jadi mangsanya…
Laluku pergi membawa diri ini ke sana menjauh
Mencari teduh di sudut gelap mentari
Merawat kembali serpihan hati
Digelap mentari..
Hanya kau yang lebih tahu mahu mu
Perasaan mu tak bisa ku paksa
Keputusan mu yang pedih menyiksa
Hanya mampu ku berdiam terima
Laluku pergi membawa diri ini ke sana menjauh
Mencari teduh di sudut gelap mentari
Merawat serpihan hati..
Tiada… ruang redup teduh buatku
Menghuni tanpa ada bayangmu
melingkari hidupku
Sungguhku menyintai dirimu
Namun hatimu tak bisa ku paksa
Keputusan yang terlalu menyiksa
Hanya mampu ku berdiam terima…
Laluku pergi membawa diri ini ke sana menjauh
Mencari teduh di sudut gelap mentari
Merawat kembali serpihan hati
Digelap mentari…
[Disudut Gelap Mentari – Maya Karin]
*Nak dengar lagu ini? Sila berkunjung ke kotak box.net [warna hijau] yang terdapat di sebelah kiri blog ini. Klik pada lagu tersebut.
Jun 2,2008 at 3:41 pm
cantik2 gambar (& idea) dlm web ni. jauh berbeza dgn skil masa kursus fotografi di marang. tahniah.
Jun 2,2008 at 4:46 pm
Siapa ni ye? Apa pun, terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.
Jun 3,2008 at 12:34 am
Aduhai, tersentuh jugak aku dengan lagu ini. Sesungguhnya Bayan, kau pandai membaca perasaan orang lain jugak, walaupun dalam tak sedarkan!
Jun 29,2008 at 1:47 pm
niela yg terjadi pada diriku skrang.. =(