Untuk pengembara yang telah menjelajahi dunia Bayan yang hari ini jumlahnya mencecah 111,100 orang.
Untuk Azlan Ahmad dan Liza yang telah mengajar saya memandu dengan jiwa, sehingga lulus Ujian JPJ semalam.
Untuk segumpal kekusutan yang mula terurai semalam.
Untuk jejaka yang sentiasa ada di ‘sini’ [hati dan jiwa]
Untuk Hakim dan Irfan
Puisi ini untuk kalian!
KELOPAK RASA
jika rasa ini seperti angin malam
bertiup dari laut dan gunung
melampaui tanah-tanah subur dan ladang menghijau
hati ini akan menghembuskan bahagia yang melimpah
bergetar bagai riak di tasek hati bulan cherah
kepada setiap benda supaya semua sama menchechah.
ambillah sebahagian dari rasa ini, terimalah
seperti hati yang kini mengerdip terserlah
keringkan air matamu, setitis jangan tumpah
biar kolam derita kering dan tak seorang pun
meski pengemis di bawah jambatan dan lorong
merasa sepi dan menatap dunia serba kosong.
dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitam
bertunjang arti rasa; pedih-luka bahagiaria
itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa
kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.
bahagia, anugerah keramat alangkah manisnya pagi ini
datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi
pada setiap bibir dan hati
dengan megahnya mengukir kehalusan rasa
-Setiabudi.
Kuala Lumpur,
April, 1964
(diterbitkan di Dewan Masyarakat, Mei 1964)
*Sangat terhutang budi dengan Embun, yang telah mencari puisi ini untuk saya. Terima kasih!
Mei 30,2008 at 10:12 am
wahhhhh..dah lulus ye, tahniah!!!leh jalan2 bawak keta pas ni ye..:D
Mei 30,2008 at 10:15 am
Juliana, Alhamdulillah, akhirnya tamat ‘seksa’. Namun, belum ada sebab yang kukuh untuk saya membawa kereta. Hahhaha…
Mei 30,2008 at 10:54 am
tahniah cik bayan…
Mei 30,2008 at 12:45 pm
TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH untuk Bayan. Walaupun aku tidak berkesempatan menjadi penumpang di sebelah Bayan, tapi aku selalu mendoakan keselamatan Bayan semasa kamu memandu. InsyaAllah-Amin selamat sepanjang perjalanan ke mana sahaja!
Mei 30,2008 at 3:15 pm
alahai manis kisahnya….tahniah.