Akak rasa, jika angah luah, ibu akan matikah? Dan Jika angah telan, abah akan matikah? Kenapa pilihan begitu kejam?

Dulu, masa saya sekolah menengah di kampung [felda], banyak cabaran untuk saya menelusuri arus kemodenan gara-gara abah yang sangat prejudis dan menganggap ‘tanpa pembaharuan, kita masih boleh hidup dan boleh berakhlak’.

Malah lebih mulia daripada sekarang yang penuh dengan kepura-puraan. Sambung ibu.

Saya tidak faham, kenapa abah tidak membenarkan saya mengikuti seminar peperiksaan SPM yang diadakan di sekolah.

Alasan abah cukup kental. Dan saya terperangkap antara nafi dan isbat. Katanya;

Seminar itu bukan apa-apa. Ia hanya untuk menghabiskan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.

Saya tidak percaya, dan berkeras mahu pergi. Berbalah dengan abah bukanlah satu keuntungan. Pipi berbirat halus hasil ‘kerjatangan’ abah.

Setelah saya dewasa, adik-adik jarang berada di rumah. Ibu kata ke kelas tambahan sampai lewat malam. Kadang pergi berkhemah dan menyertai pelbagai pertandingan sedari catur, rekaan sains, olahraga dan sebagainya.

Saya berasa agak prejudis dan dalam masa yang sama berasa sesuatu. Untungnya adik-adik tidakmenerima ‘telan dan luah’ yang boleh mematikan jiwa seperti saya dahulu. Namun, hasil didikan abah dalam dua zaman yang berbeza ini [saya dan adik-adik], turut memberi kesan yang berbeza antara kami. Sekurang-kurangnya saya, pada umur 12 tahun tidak berani meninggikan suara atau tidak menyahut jika abah memanggil.

Mungkin keletihan abah menjadikan mereka manja dan sedikit tidak beradab.

Abah, saya masih perlukan ketegasan dan garang abah untuk mendidik adik-adik. Zaman yang berubah jangan diikutkan. Nilai diri tak harus berubah semata-mata letih dan tidak mahu mengulangi kesilapan silam. Kesilapan abah [walaupun sedikit] banyak mengajar saya erti kebenaran untuk hidup.

Jika adik meminta saya menyokong tindakannya, saya sanggup tercekik supaya tidak menelan abah atau meluah abah!

Membaca pengunduran Mokhzani [juga baca ini] susulan pengunduran bapanya.

Advertisements