Salah satu soalan yang ditanyakan oleh si pekak dan bisu itu ialah, ‘kenapa mahu belajar bahasa isyarat?’.

Jawapan yang saya berikan ialah, saya suka dan berminat mempelajari bahasa isyarat. Tujuan dan alasannya banyak. Mungkin juga salah satu daripadanya ialah saya tidak mahu antara saya dengan mereka yang kurang upaya, tiada jurang dan pemisah antara kami. Itu tanggungjawab sosial yang saya tidak mahu pinggirkan.

Sabtu lepas, merupakan minggu terakhir saya dan tujuh orang rakan yang lain menamatkan kursus asas bahasa isyarat kami. Ada kesedihan di situ. Mungkin juga kerana belum puas mempelajari bahasa isyarat yang sebenarnya agak rumit berbanding dengan tulisan Braille. Mungkin juga kerana selepas ini peluang bertentang mata dengan cikgu Abdul Rahman [yang kacak dan comel] tidak ada.

Saya percaya di antara kami mempunyai alasan yang tersendiri untuk mengikuti kelas bahasa isyarat peringkat asas selama sepuluh minggu ini. Kelas hujung minggu yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Bahasa Isyarat Malaysia (PLBIM) atau ringkasnya MySL (Malaysian Sign Language) merupakan salah satu kelas yang ditawarkan kepada umum selain kursus intensif dan kursus di peringkat Diploma.

Saya tahu antara saya, Esam Lim, Steven Ng, Goh, Amy, Lina dan ibunya serta Sitha, mempunya alasan tersendiri serta daya yang luar biasa untuk mengikuti kelas dan menyudahkannya dengan agak baik. Dan alasan yang digunapakai ini pastinya alasan yang baik untuk satu tindakan yang baik yang akhirnya saya percaya boleh memberi kesan yang baik bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk mereka yang memerlukan.

Artikel lengkap boleh dibaca di sini

Dan jejaka, diam bukan beerti benci. Ia kadangkala indah yang memaknakan perasaan antara kasih atau cinta. Berikan aku masa untuk diam.

Artikel berkaitrapat:

Berbahasa dengan isyarat dan badan

Suka dan rela

Mereka tidak pekak

Advertisements