Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

– Sajak karya SN Dato’ Dr Usman Awang

Selamat hari guru untuk mereka yang bergelar guru. Kembalikan kemuliaan nilai seorang guru!

“Selamat hari guru, cikgu” – ucapan dari seorang pelajar kepada gurunya.

“Selamat hari guru, sayang” – ucapan dari seorang suami yang beristerikan seorang guru dan sebaliknya.

Siapa pun anda, jika bukan berkerjaya sebagai guru, tetap merupakan seorang guru untuk diri sendiri yang sentiasa belajar dari kesilapan dan memperbetulkan diri diri dari jatuh bangunnya masa lalu.

Siapa pun anda, Jika bukan seorang guru, tetap menjadi seorang kakak yang seharusnya memberi nilai yang baik kepada kepada adik-adik.

Siapa pun anda, jika bukan seorang guru, tetap menjadi kawan yang sentiasa menegur dan melengkapi kawannya yang lain kerana percaya seorang kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kawannya yang lain.

Jadilah guru yang terbaik kepada sesiapa sahaja walaupun anda bukan bekerjaya sebagai guru!