Jangan panggil lipas. You akan geli geleman. Panggil saja Periplaneta. Jadi you akan rasa best seperti makan roti prata. Hahaha….

Kenapa lipas?

Kenapa lipas menjadi satu ikon untuk buku Gangguan Teksual ini? Bukankah Gangguan Teksual merupakan buku yang mengandungi entri TERPILIH oleh penulis-penulis blog TERPILIH?

Baca apa yang Tok Rimau kata mengenai lipas dan blogger :

Pada aku, blogger ini bagai lipas. Memakan isu-isu yang dipinggirkan oleh media arus perdana. Dan meluahkan perasaan sesuka hati sedangkan orang tidak suka dengan kehadiran kau…

Kau boleh bunuh satu blogger. Kau boleh saman dia. Kau boleh buat macam-macam pada dia. Tapi harus diingat, ada 100 lagi yang masih duduk dalam gelap.

Saya setuju. Dan Gangguan Teksual mengumpulkan beberapa lipas orang blogger TERPILIH dengan paparan pelbagai cerita, pendapat, jiwa, fikiran, nurani dan kehidupan. Ini bukan cerita tentang cinta semata. Ini cerita tentang dia, kita dan mereka semua. Percayalah.

Gangguan Teksual yang ada pada saya cuma tinggal beberapa buah. Oleh kerana buku ini merupakan edisi terhad dan terpelihara, anda harus mendapatkannya sesegera yang mungkin. Jika terlambat, saya bimbang, anda akan terkena sawan lipas.

Untuk keterangan lanjut, lawati :

http://gangguan.blogspot.com/

Dan untuk pembelian atau tempahan :

tejamanis@gmail.com

Advertisements