Kadangkala aku rimas dengan kebisingan. Kadangkala juga aku terperangkap dalam kesenyapan. Akhirnya aku lemas dalam diammu!

Maskara 8 untuk siapa-siapa sahaja. Tapi yang datang sabtu lepas hanya orang-orang itu dan beberapa kerat orang-orang lain. Tetapi maskara tetap bising dan riuh dalam senyap.

Mungkin juga angkara AIM yang menjadi pilihan ramai pada malam itu. Mungkin juga ada yang balik ke kampung. Bercuti sejak hari khamis [hari pekerja] membawa ke ahad. Cuti panjang [sesuai untuk mengecat rumah, hahaha….]

Tapi tidak mengapa. Maskara tetap meriah.

Saya sampai tepat 8.30 malam. Menjangkakan majlis telah bermula, tapi sebenarnya belum. Saya suka sampai tepat. Agar tak punya waktu berbual-bual panjang dengan mereka yang saya ingin elakkan.

Saya temui waterlily dengan lelakinya. Sempat berbual sedikit. Terima kasih anda berdua kerana sentiasa ramah dan murah dengan senyum. Teruskan dengan Qusnan Munazarif yang di cari-cari itu. Saya syak memang jejaka berbaju belang biru itu adalah encik Qusnan Munazarif. Memang pemalu.

Maskara 8 di pengerusikan oleh dua orang jejaka yang saya sendiri tidak pasti namanya [maaf, saya sibuk dengan iso, S dan A bersama Salina)

Marsli N.O – Seorang penyair, penulis, pemikir dan bloga yang tersendiri. Saya katakan karyanya sangat tajam. Seperti tajamnya kata-kata beliau sewaktu pertama kali saya melihatnya ketika beliau memberi komen di Kongres Serumpun Sebudaya, DBP tahun lalu. Malam itu, beliau masih begitu. Dengan karyanya yang tajam.

Nazri M.Anuar, masih dengan gayanya. Ada sedikit kelukaan di situ. Ya, saya percaya dia memang sedang patah hati. Tafteh, Azwan Ismail, Salhan K. Ahmad, dan beberapa orang lagi turut membuat persembahan. [maaf, saya masih leka dengan jejaka saya yang perlu di betulkan settingnya]

Basri D.S yang selalu senyum. Malam itu beliau membuat silap mata. Ya, sebenarnya pertunjukan silap mata menguasai hampair 40% maskara 8. Saya harap Marsli N.O tidak tersilap persepsi. Maskara sebenarnya malam baca puisi yang lain dari yang lain. Persembahan silap mata hanya acara sampingan.

Dan oh ya, Derrick Jaramillo, penyanyi kumpulan rock kapak membuat persembahan dengan diiringi The Junk. Tahniah. Anda buat saya dan Cik Daun gelak dan gelak sampai tulang rahang kami rasa mahu tergelincir. Babak terlentang tu yang tak boleh tahan [nasib baik rambut tak terbakar]. Apa pun persembahan anda sangat sempoi.

Malam itu, banyak benda yang saya lalui. Tapi berakhir dengan kesenyapan. kerana kadangkala diam lebih baik dari berbicara kan?

Sedikit gambar :

Dan banyak lagi di sini...

*Banyak gambar yang hendak saya kongsikan tetapi entah kenapa sangat susah nak masukkan gambar melalui cara yang wordpress baru buat ni. Atau saya sahaja yang mengalami kesukaran ini?