Maskara yang awak pakai tu comot la. Ni, Kalau solat sah ke pakai maskara ni? Susah-susah tak payah pakailah. Bangga sahaja dengan bulu mata yang pendek dan mata sepet awak, hasil kacukan banjar dan jawa

Saya diam. Sambil melihat-lihat cermin. Memang betul. Maskara yang saya pakai ni agak selekeh. Katanya kalis air, tapi bila air mata saya tumpah [selalunya], maskara yang dioles ke bulu mata juga akan jadi cair. Serabai.

Tapi lain pula dengan maskara yang ini. MASKARA 8.

Seperti yang telah saya khabarkan sebelum ini, maskara ini tidak selekeh, tidak comot. Kalis segalanya. Mata dan jiwa akan lebih bersinar.

Dan yang paling pentingnya, Maskara ini boleh buat anda lebih cantik, muda, bertenaga dan mahu meneruskan hidup [untuk mereka yang patah hati].

Kepada sesiapa juga, yang terasa ingin menikmati Maskara 8, datang sahaja. Tanpa pendaftaran atau tempahan tempat duduk. Tanpa bayaran. Cuma bawa hati yang bersih dan jiwa yang terbuka untuk menikmati Maskara 8 ini.

“Saya tidak akan mengajak siapa-siapa . Kerana Saya tak suka ramai-ramai. Sesak”

“hahahaha” Vovin tergelak.

“Saya serius ni!”

Secara seriusnya saya berharap kepada anda yang punya kelapangan waktu itu, datanglah beramai-ramai walaupun saya tidak suka sesak-sesak. Abaikan saya. Saya bukan siapa-siapa. Oh ya, jangan lupa dapatkan dua buah buku baru bertajuk Gangguan Tekstual dan Sabotaj 3. Malam itu juga anda akan ketemu dengan barisan jejaka dan gadis yang akan menghiburkan anda.

Semuanya hanya di MASKARA 8.

Tempat: Rumah Pena

Tarikh: 3 Mei 2008
Masa: 8.30 malam hingga habis
Hari: SABTU