Malam tadi, memecahkan kebiasaan dengan menonton rancangan yang hanya untuk hibur-hibur.

Saya tidak ingat sama ada Anugerah Planet Muzik 2008 atau 2007 yang menampilkan M. Nasir sebagai pemenang anugerah bagi kategori penyanyi lelaki popular [kalau tidak silap].

Ucapan M. Nasir;

“Ini adalah pekerjaan saya. Penyanyi pekerjaan saya”

Entah kenapa, ayat itu sungguh memberi makna bagi saya. Dan ayat itu merupakan kebenaran bagi sesebuah kejayaan yang kita capai. Kebenaran!

Apabila kita menganggap sesuatu yang kita lakukan sebagai tanggungjawab kita, maka sudah pasti kita akan melakukan pekerjaan itu sebaiknya. Ini adalah tafsiran saya bagi kata-kata yang diucap oleh M. Nasir itu.

Sebenarnya saya mahu membebel tentang Anugerah Planet Muzik 2008 yang saya tonton malam tadi dengan tidak 100 % perhatian. Tapi bebelan saya bukan penting untuk dipaparkan kepada orang lain.

Apa yang pasti, jika mahu menyanyi, nyanyilah betul-betul. Jika mahu berkarya, hasilkan karya yang baik dan bermutu. Jika mahu berpakaian, berpakaian betul-betul. Jika mahu bertudung, bertudung betul-betul.

*Elyana yang comel tapi seksi masih bebas berkaki ayam.

Advertisements