SUSAH dan senang. Dua entiti yang berbeza serta memberi konotasi yang berbeza juga. Antara susah dan senang, ramai yang memilih untuk senang. Kerana senang akan memberi keselesaan bukan sahaja dari aspek fizikal malahan juga mental. Senang akan membuat kehidupan lebih bermakna.
Itu adalah pendapat sesetengah orang.

Susah pula ditafsirkan sebagai suatu keadaan yang bakal membuatkan fizikal dan mental seseorang sakit, pening, dan kadang boleh melarat kepada suatu keadaan yang lebih teruk. Malah ada yang sanggup membunuh diri demi untuk tidak menghadapi satu keadaan yang dinamakan kesusahan.

Dalam kehidupan manusia, susah dan senang telah menjadi suatu kewajipan yang harus dirasai. Tidak ada orang yang hidupnya sentiasa susah, dan tiada juga yang sentiasa senang. Kedua-dua keadaan ini saling bertukar ganti menemani kehidupan manusia. Semua manusia sama. Akan mengalami situasi susah dan senang. Namun, sejauh manakah mereka mampu menghadapi dan menanganinya.

Bacaan LANJUT