Pesta Buku sudah tamat.

Seperti biasa jika membeli buku baru, telinga saya bagai menangkap bunyi-bunyi halus yang datangnya dari rak buku.

“Aku tak mahu berbogel. Tolonglah! Aku sejuk. Tolong pakaikan aku dengan sesuatu. Baluti tubuhku dengan apa-apa sahaja asalkan aku tidak berbogel” Jerit halus itu bersuara lagi.

Sudah tiba masa untuk membalut semua buku yang telah dibeli.

Walaupun hanya sekadar berbalutkan plastik [pvc emboss], saya percaya nilai buku juga harus dijaga.

Balutlah buku yang anda beli. Hargai kehadirannya. Pelihara nilainya sebagaimana kita memelihara nilai hidup kita dengan berpakaian yang menutup aurat!

*Hahahha…entri mengarut! Tak ada idea dan masih belum punya kesempatan membaca buku yang dibeli. Tumpuan masih kepada Naskhah Hikayat Nakhoda Muda.