Sudah dua minggu (2 kali) saya menghadiri kelas bahasa isyarat (handspeak/fingerspelling) anjuran Mysl. Menarik dan memberi kesan yang besar dalam memahami dunia orang pekak. Juga sukar dan memerlukan kesabaran bagi yang pertama kali mempelajarinya.
Keinginan mempelajari bahasa ini mungkin juga dipengaruhi oleh seorang teman yang terlibat secara langsung dengan dunia orang pekak ini. Juga selepas berhadapan dengan situasi tidak tahu mengucapkan ‘sama-sama’ untuk membalas ucapan ‘terima kasih’ seorang remaja pekak yang menjual rantai kunci yang cantik.
Selain itu, pernahkah anda menonton filem tamil bertajuk Mozhi? Ya, ceritanya sangat bagus. Percintaan dan kesenian yang berkisar tentang orang pekak dan bisu. Bagaimana jejaka yang normal, seorang pemuzik inginkan muzik yang diciptanya itu dihayati oleh si gadis yang pekak dan bisu? Saya baru beli VCD filem itu (tanpa terjemahan bahasa Melayu).
Kesempatan hujung minggu yang tidak terisi dengan aktiviti ilmu, saya ambil untuk mempelajari bahasa isyarat walau sekadar tahap asas. Memang sukar pada mulanya apatah lagi guru yang mengajar juga seorang yang pekak dan bisu.
Seperti komunikasi melalui suara, bahasa isyarat juga mementingkan bahasa badan (body language). Saya lihat, kebanyakan bahasa isyarat yang dipelajari menyertakan sekali fungsi bahasa badan melalui mimik wajah yang pelbagai. Oleh itu, ketidakfahaman tentang satu-satu isyarat yang diberi, mudah difahami melalui mimik wajah, pandangan mata, gerakan badan dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, bahasa isyarat berbeza dengan bahasa badan. Bahasa badan menjadi suatu subjek yang penting yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek bahasa yang lain. Kerana bahasa badan itu lahir secara benar dan berlaku secara benar. Pendek kata, apa kita tuturkan selalunya tidak menggambarkan dengan tepat apa yang ingin kita sampaikan.
Teringat kata-kata, “mata tidak boleh menipu”. Percaya tidak, mata merupakan anggota badan yang boleh berbicara dengan pelbagai bahasa, pelbagai situasi, pelbagai makna.
Untuk bahasa isyarat, jika tidak tahu menyampaikan sesuatu maklumat, gunakan sahaja kaedah mengeja dengan isyarat ABC. Agak lambat. Eja satu persatu, tetapi lebih baik dari menggunakan bahasa isyarat yang salah dan akhirnya mengundang salah faham.
Dan untuk kes-kes tertentu seperti teman saya yang seorang ini, hati-hatilah. Nasib baik kesan salah faham itu cuma kecil.
Untuk mereka yang ingin menggunakan kaedah bahasa badan, fahami konsep bahasa badan dengan baik. Dan selalunya bahasa badan setiap orang berbeza-beza. Kerana itulah, selalu timbul salah faham.
Dan akhirnya, sebaik-baiknya, cakap sahaja terus terang apa yang kamu ingin sampaikan. Bukankah itu lebih senang? Lagipun kamu telah dianugerahkan suara dan pendengaran yang baik. Jangan mengundang salah faham hanya kerana percaya bahasa badan kamu boleh difahami oleh sidia.
sisipan :
Mac 26,2008 at 4:04 pm
wah.. menarik.. pernah berminat utk belajar bahasa isyarat.. tapi lom kesampaian.. mgkn leh join gaks.. lepas tsunami kesibukan ini berakhir.. 🙂
Mac 26,2008 at 4:29 pm
Satu kelebihan kalau fasih berbahasa isyarat, kan?
Saya kalau filem Tamil, entah. Tak boleh masuk betul. Kejam betul persepsi saya.
Mac 26,2008 at 4:38 pm
bestnya..nape kat tpt saya x de mende tue…
Mac 26,2008 at 4:59 pm
Daun : tsunami itu, hadapi dengan baik. Bila-bila boleh belajar bahasa isyarat.
JP : Ya. Tak salah belajar walaupun kita tak nampak keperluannya di hadapan mata. Cerita tamil = realistik!
bcn1291 : Encik di mana?
Mac 26,2008 at 5:41 pm
Ya! Cerita tamil realistik berbanding cerita Hindustan yang hanya retorik angan-angan yang mengada-ngada…
Mac 26,2008 at 8:05 pm
Kau mulia Bayan, sedia meluangkan masa untuk berbakti kepada mereka yang istimewa! Aku pun ada keluarga istimewa, dia rajin belajar dan telah berkahwin, suamipun istimewa … dia dapat anak kembar!
Mac 27,2008 at 1:54 am
jemput la singgah tongkangbocor.wordpress.com utk berkongsi idea dan pengalaman… Kan ke persahabatan meluaskan networking, hehehe…
Mac 27,2008 at 8:00 am
teringat masa dengar Alan Pease cerita tentang body language kat KL hari tu. Sangat accurate. sape Alan Pease? google it
Mac 27,2008 at 8:58 am
kipp : Macam cerita Melayu juga. Lebih baik tonton drama TV1 dan TV2 yang kebanyakannya lebih realistik dan tidak mendorong masyarakat menjadi hedonistik dan materialistik.
izritzz : Ini bukan persoalan mulia atau tidak. Bila fikir balik untuk apa saya belajar, di sudut hati, saya ingin hebat dari orang lain dan ingin mengetahui dunia yang luar biasa. Muliakah?
hazri87 : yaa, saya sudah melawat blog anda. Persahabatan maya tidak mengenal bangsa dan warna kulit! Semoga bermanfaat!
nickmenza : Saya tidak begitu mengetahui tentang bahasa badan. Tiba-tiba terfikir mengenainya ketika belajar bahasa isyarat dan juga ketika diri sering dilanda konflik dengan teman-teman yang lain. Ada salah faham yang melanda antara kami. Bahasa badan adalah punca utamanya. Jadi saya rasa berminat ingin mengupas mengenainya.
Mac 27,2008 at 10:31 am
Mulia lah tu, seseorang yang mulia ingin belajar melebihi orang lain kerana Allah swt. Tahniah, aku akan cuba buat sebaiknya, semulia-mulianya!
Mac 27,2008 at 11:54 am
bayan :hehe..saya bukan encik tapi cik…huhuhu
saya kat muar,johor..ada tak kelas tu kat sini?tq.
Mac 27,2008 at 12:00 pm
hazri87 :aku dah g lawat blog…neworking pun boleh menambahkan sahabat..hehe
Mac 27,2008 at 12:23 pm
oh, cik bcn1291, maafkan saya kerana silap tafsir. Jangan saman saya ye.
Cuba hubungi Mysl dan tanyakan kepada pegawai yang bertugas.
atau email pertanyaan anda ke jimadieshah@gmail.com
Mac 27,2008 at 12:36 pm
bayan : saya bukan encik..huhhu..tp x pe..saya kat muar, johor..ada x?tq
Mac 27,2008 at 12:39 pm
bayan : saya kat muar,johor
Mac 27,2008 at 12:52 pm
bcn : Sms En.Yazid…..019-732 5100. Dia uruskan kelas bahasa isyarat di Johor. Sms sahaja ya, kerana dia juga pekak.
Mac 28,2008 at 11:02 am
bayan : tq very much…
Mac 28,2008 at 3:16 pm
bcn : Sama-sama. Selamat belajar!
Mac 30,2008 at 3:05 am
salam..
bagus betul kalau boleh berbahasa dengan insan2 istimewa ni..sekurang-kurangnya dapat juga kita menyelami perasaan mereka,tiadalah sunyi sangat mereka kan?nak juga belajar bahasa isyarat..ilmu tu..hehe..apapun salam perkenalan..=]
April 3,2008 at 10:28 am
[…] Kelas memandu dan Kelas Bahasa Isyarat. […]
April 15,2008 at 10:22 am
[…] jawab, “oh, banyak keperluannya. Suatu hari nanti saya boleh jadi sukarelawan yang mengajar bahasa isyarat kepada mereka yang […]
Mei 10,2008 at 2:09 pm
apa laman web yg ajar kta bhasa isyarat?????
Mei 12,2008 at 8:38 am
atiq, tak banyak laman web yang mengajar bahasa isyarat sepenuhnya. Belajar melalui cikgu lebih baik daripada belajar sendiri. Tidak semudah yang dijangkakan. Namun, atiq boleh melawat laman ini untuk proses asas pembelajaran;
http://mysltc.org
http://www.geocities.com/mysignlanguage/
Mei 20,2008 at 12:07 pm
[…] Berbahasa dengan isyarat dan badan […]
Jun 12,2008 at 10:12 pm
aku bener2 gtw klw ada atw ga kursus BAHASA ISYARAT.. oh ada! aku bru tw yg kemarin nh… krn AKU SUKA BHSA ISYARAT… lola sudah lama nyari2 kursus bahasa isayarat tapi aku tidak tau alamatnya kursus bahasa isyarat…
Jun 12,2008 at 10:28 pm
aku bener2 gtw klw ada atw ga kursus BAHASA ISYARAT.. oh ada! aku bru tw yg kemarin nh… krn AKU SUKA BHSA ISYARAT… lola sudah lama nyari2 kursus bahasa isayarat tapi aku tidak tau alamatnya kursus bahasa isyarat… aku lola.. no HP ini 085624231019 smsan aja.. keliatan bagus.. terima kasih
Jun 13,2008 at 8:32 am
lola, saya tidak pasti ada di Indonesia, bahasa isyarat diuruskan oleh pihak mana/siapa.
Mungkin anda boleh mencarinya melalui google.
Namun untuk asas pembelajaran, anda boleh sahaja layari laman web yang telah saya paparkan di dalam entri atau melalui komen teman-teman di atas.
Julai 15,2008 at 7:58 pm
wah!saya sungguh seronok blaja bahasa isyarat!nnty sya leh lar aja kwn2 saya.
10q ya!(“)
Julai 29,2008 at 2:29 pm
adakah bahasa isayrat orang pekak boleh dianggap sebagai bahasa berdasarkan definisi psikolinguistik?
tlg jwb @ sms kn ke 0177167550
terima kasih
Julai 29,2008 at 2:30 pm
i need the answers as soon as possible
Julai 29,2008 at 2:59 pm
Hairul, ya, bahasa isyarat tergolong di dalam bahasa menurut definisi psikolinguistik.
Maklumat lengkap:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Psikolinguistik
September 26,2008 at 2:08 pm
saya sudah email dan hantar sms tak sabar nak belajar 😀
September 26,2008 at 2:28 pm
harrysuke, tahniah kerana berusaha. Semoga bermanfaat apa yang dipelajari kelak.
Mei 23,2009 at 12:12 pm
saya dah berhenti belajar sebab cikgu yazid adalah seorang yang deaf jadi mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengannya. dan apabila ada peluang utk berkomunikasi dengan individu deaf yang lain pun saya mengalami maslah juga sebab apa yang saya belajar adalah limited
Oktober 8,2008 at 12:02 pm
Salam…
Tahniah..tak sangke rupenyer ramai gak yang berminat nak blajar bahasa isyarat…bagi yang berminat teruskan usaha anda untuk mendalami Bahasa unik ni…Jdikanlah kemahiran yg bakal anda miliki itu sebagai satu cara untuk membantu golongan Pekak bersosial dengan masyarakat yang Bukan Pekak dan sabagai alternatif bagi anda yang berilmu untuk menyampaikan dakwah kepada golongan Pekak….
Terima Kasih…
Oktober 9,2008 at 4:00 pm
cicikgurl, terima kasih sudi bertandang ke sini. Seronok dapat memepelajari bahasa isyarat ini. yang tak seronoknya bila jarang dipraktikkan. Banyak yang sudah lupa.
Oktober 10,2008 at 8:02 pm
aku orang indonesia,,,,, aku berminat bahasa isyarat jg mau belajar bhasa isyarat jepang,malaysia,inggris,cina,spanyol,korea dan indonesia. tolong aku… aku dianggap nh. tolong sms atau email ke aku… aku ini 085720247785.. klo bisakah ga kamusnya bahasa isyarat kirim k aku
sbelom terma kasih
Oktober 10,2008 at 8:06 pm
aku lola.. bisakah kirim sms atau email ke aku
HP 085720247785 dan email lolahola@ymail.com
terima kasih banyak…
Oktober 11,2008 at 1:54 pm
LOLA, mungkin anda boleh klik url mysl di atas dan membuat pembelian buku melalui mysl secara terus.
Oktober 28,2008 at 11:02 am
beli je buku bahasa isayarat malaysia keluaran mfd bagus sngt…. sy pelajar jurubahasa isyarat kat sana…
November 28,2008 at 11:07 am
askum..sy bru bk web nie n xtau plak ada komem sal bahasa badan..bgus juga sbb sy pn nk blajar bahasa badan nie..sy mempunyai kwn OKU dtmpt blajar sy..dan sy bljar bhs isyarat melalui dia tp hnya blajar melalui pkataan (ABC) shj jd sy teringin untk mencuba bahasa badan plak tp sy de bca dr komem kwn2 yg lain mengatakan bhs badan bleh mnyebabkan slah faham..jd cmne erk???? stu lg,cmne nk cri panduan bahasa badan?? web pe erk??plz msj kt no sy jer..0173573815..Thanks..;>
Disember 1,2008 at 9:25 am
nisa, berkenaan bahasa badan, saya kurang arif jika bercakap tentangnya secara lengkap. Mungkin anda boleh menghubungi tuan punya blog ini untuk keterangan yang lebih lengkap.
http://lazuardiblue.wordpress.com/2007/10/27/memahami-bahasa-badan/
Julai 8,2011 at 5:00 pm
kelas yg anda hadiri itu dimana dan adakah terdapat cawangan di JB?
kalau boleh sy ingin mengetahui maklumat kelas tersebut secepat mungkin.TQ
Julai 11,2011 at 8:19 am
Saya minta maaf. Kelas ini saya hadiri beberapa tahun lepas. Tidak pasti masih ada atau tidak. Mungkin juga boleh google di internet untuk maklumat lanjut.
Januari 4,2018 at 5:11 pm
Justt desire to say your article is as astonishing.
The clearness on your post is simply great annd i could suppose you’re a professional in this subject.
Fine with your permission allow me to snatch your feed to keep up to date wth drawing close post.
Thanks a million and pleade cokntinue the rewarding work.