Yang banyak beri pengaruh pada saya!

Tiga hari lepas, kami, pekerja di sini diminta berkumpul pada pukul 7.55 pagi. Semua sekali. Kecuali, mereka yang mengambil cuti atau cuti kecemasan.

Semua ada. Yang dipertua, Pengurus-pengurus kanan, penolong pengurus dan kakitangan. Kami diminta berkumpul di dataran lapang tempat letak kereta. Kami menyanyi lagu negaraku.

Kami mendengar pengumuman-pengumuman penting tentang berita kematian, perkahwinan, menerima cahaya mata dan sebagainya. kami juga akan di ‘terkejutkan’ dengan pengumuman pekerja cemerlang bulan ini. Kemudian kami kena dengar amanat Yang diPertua.

Kerana sebab musabab ini, saya tidak dapat satu apa pun dari perhimpunan bulanan kali ini. Satu pun.

ila-092.jpg ila-094.jpg

Kerana hari itu juga, dua hari yang lepas, dan semalam, dan hari ini kaki saya bengkak. Dan mungkin juga sehingga memakan masa sebulan saya akan dikategorikan sebagai katik kerana terpaksa memakai kasut leper. Selamat tinggal kasut bertumit tinggi!

Dua hari lepas mungkin juga saya kehilangan nyawa hanya kerana satu daripada komponen kamera saya tertanggal dan bergolek ke tengah jalan raya. Saya dan komponen itu hampir sahaja dilanggar oleh sebuah kereta.

ila-089.jpg

Masa tu pertama kali keluar dengan madu, bawa kamera, kononnya nak ambil gambar makanan yang akan kami nikmati, dan kononnya juga hati yang jahat mahu menunjuk-nunjuk dengan Tok R, apa yang kami makan hari itu. Oh, saya baru tahu tuhan tak suka dengan orang jahat macam saya yang suka nak menunjuk-nunjuk.

Advertisements