fresh-apple.jpg

Airin seorang kawan lama yang comel. Suatu hari kami berbual santai di Tasik Varsiti yang sememangnya agak indah.

“Doktor sarankan aku makan epal setiap hari”, katanya sambil menikmati epal hijau itu dengan berselera.

“kenapa?”, tanya saya. Sekadar mahu memanjangkan perbualan.

“Sebab gigi aku tak kukuh”, sambungnya lagi.

“Jadi?”, sengaja saya buat-buat tidak faham.

“Sebiji epal menyumbang satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi. Sungguhpun epal mengandungi gula buah asli, namun pengeluaran air liur yang banyak menolong mengelakkan kerosakan gigi” jelasnya. Panjang. Lebar. Mungkin juga jengkel dengan saya.

“Tapi aku bimbang”, sambungnya lagi.

“Bimbang?”, tanya saya sambil mengerutkan dahi.

“Kau tahu kan pepatah Inggeris ada mengatakan ‘Sebiji epal sehari menjauhkan doktor dari sisi anda‘…” katanya sambil berhenti mengunyah epal hijau itu.

“Kan bagus kau jaga gigi dengn makan epal tu puas-puas. Apa masalahnya?”, tanya saya yang kali ini memang benar-benar tidak faham.

“Suami aku kan doktor gigi. Mana mungkin aku boleh sisihkan dia dengan memakan epal ini” jawabnya jujur [lurus-bendul] sambil mencampak sisa epal yang masih berbaki banyak, ke dalam tong sampah.

*Tuhan lagi marah kau membazirkan epal tu dalam tong sampah.