noname2.jpg

Kamu tahu pelangi itu bagaimana? Pelangi itu sangat cantik, indah, dan kehadirannya dinanti oleh anak kecil atau jiwa yang perlukan ketenangan alami.

Kamu tahu pelangi itu sungguh indah. Kamu ingin menyentuhnya, berlari atau menggelungsur di atasnya sambil mengira-ngira jalur warna yang sebanyak 7 jenis itu.

Kamu ingin menyentuhnya.

Tapi sayang, keindahan dan keterujaan itu hanya di mata. kamu tidak boleh menyentuhnya.

KOMA

Hari ini saya tidak mahu menyentuh D80 yang baru dimiliki semalam. Rajuk pada si jejaka yang memperlekeh kemampuan saya mengambil gambar masih berbekas.

*Ada ke suruh saya pasang lens kamera dalam kereta. Dan malangnya saya gagal, sebab saya tidak pernah berkesempatan memasang lens kamera sebelum ini. Hampess tul cakap saya cam tu [pasang lens pun terkial, ada hati nak jadi jurugambar]. Tak sabar nak balik rumah hari ni. Siap kau D80.

Advertisements