Tadi Indah [telefonis] datang ke meja kerja saya. Dia tanya sama ada saya ingin turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul 20 Mac ini. Saya diam.

Imbas semula…
Suatu petang 31 Mac 2007…

“aka..sabtu ni aka keje ka?”
“eh, sabtu memang saya tak kerja la. Kenapa?”
“saya pun cuti la aka…Aka buat apa sabtu ni?”
“saya tak buat apa-apa la. Duduk kat rumah aja. Kenapa?”
“oh, saya ingat akak pigi mana-mana masjid ka, atau sambutan kat Bukit Jalil.”
“hah…buat apa?”
“ala aka ni, takkan tak tahu sabtu ni hari jadi Nabi Muhammad la aka.”

Owhhhh…Saya sangat malu pada adik berbangsa India di hadapan rumah itu. Yang lebih prihatin dengan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin prihatinnya bukan kerana mengetahui ulangtahun kelahiran Nabi junjungan saya itu. Saya percaya prihatinnya kerana dia mendapat cuti pada hari tersebut.

Tapi itu lebih baik daripada saya yang tidak tahu menahu dan lebih tepat lagi tidak prihatin dengan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang kononnya menjadi idola saya.

Saya panggil Indah semula. Katakan padanya, saya tidak mahu terlibat dengan perarakan itu.

Tahun ini saya mahu mengingati peristiwa kelahiran Nabi junjungan dengan menghasilkan artikel tentangnya. Mungkin juga hanya berada di rumah, membanyakkan selawat dan doa ke atas Baginda. InsyaAllah.

Advertisements