2224734137_3f996c0882.jpg

Maskara. Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan yang Kita Suka. Program sastera alternatif. Medium pertemuan penulis mapan, tidak mahu mapan, baru atau sekadar penulis blog. Bincang dan dedahkan dunia sastera yang pelbagai. Temui pelbagai perkara juga.

Malam sabtu lalu saya hadir di majlis Maskara 6. Sudah masuk pertemuan yang ke enam. Pertama kali bagi saya. Hadir setelah di goda oleh jejaka itu dan itu.

Hujan agak lebat. Rumah Pena hampir penuh. Ada sinaganaga [bukankah dia wajib ada?], Tok Rimau [sebagai pengacara majlis], Vovin [yang menyapa saya kerana ulasan Opera Angkasanya], lanrasso, jimadie, cik daun, nida, amyz, dan ramai lagi. Maaf, saya belum mengenali yang lain.

Malam itu agak sesak. Ya, ramai tidak seperti yang biasa, menurut seorang tetamu yang lain.

2240969154_f90bd05909.jpgSinaganaga menyapa dengan lambaian tangan. Dia kata, ‘hai’. saya membalas. Dia sangka saya jawab, ‘hai’ juga. tapi sebenarnya saya jawab, ‘hai gorgeous‘. Dia menawan dengan topi combatnya.

Malam itu menghiburkan. Bagi saya.

Bilakah Hujan Akan Berhenti – nyanyian Nuras, kugiran post-punk yang menghiburkan. Mereka santai menyanyikan beberapa lagu yang menarik. 1 minit. Unik. Hei, saya suka lagu Nadai itu. Best.

Begitu juga dengan persembahan yang lainnya. Oh ya, Elizabeth Jothi dan Sashi Rekha, membaca epik Mahabrata dalam bahasa Tamil. Lebih indah jika ada sesi penerangan atau penterjemahan bacaan puisi itu. Komikoo, dibaca terlalu laju. Mengah saya.

Saya tidak sempat melihat majlis ini berakhir. Jejaka yang tidak tidur sekatil dengan saya itu sudah datang. Tepat 10.30 malam. Saya kecewa. Tetapi harus akur dengan adat menumpang kenderaan orang. Minta nombor telefon Nida kerana Pink Platun masih belum berbayar.

Tidak sempat beramah mesra dengan jejaka itu yang sibuk mengambil gambar, dan jejaka itu yang rancak berbual dengan Mardhiah, juga sekali sekala keluar menanam nikotin di paru-parunya. Hujan masih tidak berhenti.

*Saya suka dengan Maskara. Orang-orangnya. Posternya. Ya, ke semua posternya sangat cantik. Gambar-gambarnya ada di sini, dan sini.

Advertisements