Encik Musnaz, entah kenapa dalam ramai-ramai orang, saya juga yang kena. Tapi tak mengapa, saya cuba jalankan tanggungjawab ini walau mengambil masa yang lama dan pening kerana tag yang diberi sukar dijawab. Ya, sukar dijawab kerana saya menganggap semua manusia mempunyai kelemahan.

mulan1.jpg

Apa superpower idaman anda? Sila pilih satu jek!

Saya ingin memiliki kebijaksanaan dan keberanian untuk mengikut gerak hati. Maknanya berani tanggung risiko, percaya pada diri sendiri dan berjiwa kental.

Apa Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?

mulan.gif

Mulan

Kenapa atau untuk apa superpower itu yang anda pilih?

Mulan menjadi kebanggaan kerana menyelamatkan negara dari musuh dengan kebijaksanaan dan keberaniannya. Tindakan secara spontan yang mengikut gerak hati juga memerlukan kepercayaan yang tinggi kepada diri sendiri. Tidak ramai yang memiliki rasa percaya pada diri sendiri.

Kelemahan superpower anda. Wajib ada!

Cembeng [mudah menangis]

Nama anda sebagai hero apa?

Bayan [ha ha ha ha]

Motto anda sebagai superhero?

Enjoy your life [Nikmati hidup sebaiknya]

Sebarkan tag ini kepada 10 member rakan yang lain. Kalau tak mampu, 5 pon pun ok!

7 sahaja .

  1. Saladin convoy
  2. nickmenza
  3. zuriaf
  4. Adi
  5. hanakirana
  6. KNB
  7. HE

Sekian! Saya tahu encik Musnaz mesti tak puas hati dengan jawapan saya. Tapi nak buat macam mana? Memang saya tidak menilai manusia sebagai superhero kecuali Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tiada tandingan.

Oh ya, suatu waktu dulu, semasa di sekolah menengah, saya memuja Tun Teja, sebagai wirawati yang berani dan mengagumkan. Sebab itu lah, saya gunakan tejamanis untuk e-mail dan sebagainya. Itu dulu.