Saya lulus ujian berkomputer undang-undang untuk mendapatkan sijil JPJL 2A. Ha ha [gaya sinaganaga]…saya lulus dengan cukup makan. Lebih satu atau dua sahaja. Agak tertekan. Kasihan Melissa, kali kedua juga gagal. Jangan murung ditepi tangga. Sebaiknya balik atau….
Saya, menuju ke komuter setelah menerima transkrip ujian itu. Beli tiket tapi bukan ke syurga. Hanya Mid Valley. Tengok wayang.
Antara filem Cuci dan Kala Malam Bulan Mengambang [KMBM], Saya pilih KMBM kerana saya tidak suka melihat lakonan AC Mizal dan Erra Fazira. Maaf juga filem Cloverfield, Meet The Spartan dan John Rambo. Saya perlukan hiburan jiwa yang santai.
Tak ramai dalam panggung. Sekitar 10 orang. Mungkin sudah di penghujung waktu tayangan.
Saya bukan pakar dalam menilai. Bagi saya filem ini memang bagus. Kisah seram, komedi, sedih. Ada penyiasat, gangster, misteri dan… ehem…lucah. Lucah kerana penari nampak pusat kah? Atau tukang urut yang gemuk yang memperkosa Salleh? Atau Cik Rogayah yang menggoda? atau…Dr Rushdie yang menunjukkan isyarat tangan yang lucah? Entahlah…
Filem ini disampaikan dalam bentuk ‘Neo-Noir’(hitam putih). Kronologi penceritaan filem ini yang berlatarkan tahun 1950-an.
Sebagai wartawan [walaupun hanya wartawan laman web], cerita ini memang seronok untuk dilihat dari aspek pengalaman seorang wartawan. Betapa sukarnya mencari berita yang baik untuk masyarakat sehingga berdepan dengan situasi hidup atau mati.
Ramai yang berkata watak Salleh lebih kena dengan allahyarham Hani Mohsin. Tapi, Rosyam Nor apa kurangnya.
‘Kala Malam Bulan Mengambang’ adalah sebuah filem hitam putih yang merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama menjelang. Misteri bermula apabila tayar kereta Saleh, seorang wartawan [yang baru kehilangan kerja, berpenyakit angin pasang] ditusuk sesuatu yang menyerupai rangka tangan sedang memegang ukiran lama berbentuk keris. Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seakan-akan menghalaunya pergi dari situ. Semakin lama Saleh tinggal di pekan itu, semakin banyak perkara misteri berlaku. Ada orang tangan merah! Ada jembalang! Ada keris! Walaupun telah diberhentikan tugas sebagai wartawan tetapi naluri kewartawanan yang sangat kuat dalam dirinya menyebabkan Saleh bertekad merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun.
Pelakon : Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Bront Palarae, Kuswadinata, David Teo, Mohd Hitler Zami, Sofi Jikan dan Corrie Lee.
Saya suka filem ini. Hampir tergelincir tulang rahang kerana terlalu banyak gelak. Sekali ingat komedi dalam filem ini sama seperti filem Lang Buana. Bukan komedi bodoh.
Januari 30,2008 at 1:25 pm
Nampak macam menarik. Tapi aku dah bertahun tak masuk panggung wayang, kali terakhir rasanya sebelum menjadi bapa. Kini anak dah dua. Hrm… tunggu keluar VCD sajalah.
Januari 30,2008 at 2:12 pm
encik Mudin : Saya juga, kesibukan kerja membuatkan saya meninggalkan panggung 3 tahun yang lepas. Filem terakhir yang saya tengok di panggung ialah Puteri Gunung Ledang dan Lord ofthe Ring 3. Sakit tengkuk kerana duduk di kerusi baris kedua dari depan skrin…hehhehe
Saya lebih suka beli VCD atau DVD.
Januari 30,2008 at 4:19 pm
saya tak tengok lagi citer ni…haha…tengoklah nanti kalau ade masa…
Januari 30,2008 at 7:38 pm
dari ulasan tu nampak cam menarik jer cite ni…
—
kirinz
http://www.phonesmodel.com
Januari 30,2008 at 10:09 pm
Tahniah la sebab lulus ujian!
Filem KMBM macam LANG BUANA? Orait la camtu!
Filem MAN LAKSAnya biasa saja, dan sampai hari ni masih tak tengok ZOMBIE KAMPUNG PISANG (biarpun di rumah ada DVDnya), filem ROCK pun tak tengok lagi, jadi takleh komen.
Tapi filem ni betul buat saya teringin, sebab dia pakai stail noir, sesuatu yang memang TAK PERNAH orang kita buat lagi. Saya gak suka filem stail mafia, jadi, molek bangatlah.
Tapi nak tengok kat panggung pun dah terlambat sesangat, panggung tempat saya cuma ada DUA bilik tayangan, sekali akan hanya diputar DUA FILEM, filem ni rasanya dah tak ada di situ sekarang ni. Maka terpaksa tunggu DVDnya, heh…
P/S: MEET THE SPARTAN tu filem spoof/parody bagi filem 300 la. Bukan filem serius. Filem santai. Komedi. Sejenis dengan SCARY MOVIE. Tapi saya yakin filem KMBM tidak sebodoh filem tu, heheh.
Januari 31,2008 at 9:58 am
zuriaf : Tak apa, take your time. Ha ha ha bunyi macam saya lak pengarah filem.
kirinz : Menarik tak menarik terpulang kepad individu. Jika nak cuba menikmatinya, silakan. Tak rugi pun.
Saladin : Alhamdulillah berkat doa orang disekeliling termasuk awak.
KMBM dan Lang Buana. Sentuhan Mamat Khalid memang boleh dihidu dalam kedua-dua filem ini. Lawak yang bukan bodoh tapi selamba. Berbeza dengan Man Laksa yang agak membosankan. ROCK pula, kelakar tetapi abah tak bagi tengok kerana tidak manis. Ha ha tak tahu lah dimana masamnya cerita ROCK itu. Zombie Kampung Pisang ada Awie. Tak suka. Apa pun, ambillah masa untuk menonton KMBM. Tak rugi pun menonton.
Meet The Spartan memang santai tapi agak streotype untuk filem barat. Saya perlukan simbahan cerita Melayu untuk mengikis rasa gementar selepas ujian itu.
Januari 31,2008 at 12:47 pm
saya tengok film ni 1st day screening, ada 6 atau 7 orang je dalam panggung di ioi mall. tapi bila habis tengok, saya rasa kesian pada kerusi kosong.
Januari 31,2008 at 4:55 pm
jimadie : Itu juga yang saya dengar. Kenapa ye?
Februari 1,2008 at 8:45 pm
Allahyarham Hani Mohsin, mukanya klasik….