eee dah la muka hitam cam buntut kuali, perangai pun buruk!”

Buntut kuali, tak kena langsung. Buntut kuali apa yang buruk?”

Oh, saya lupa, Ita mahupun generasi muda zaman sekarang tak tahu buntut kuali zaman dahulu hitam, berkerak. Kuali yang dipanggang dibawah api yang terhasil dari nyalaan kayu atau arang akan menghasilkan warna hitam. Jika tidak dibasuh atau digosok selalu, akan menyebabkan hitam itu bertompok-tompok dan akhirnya berkerak.

Kuali zaman sekarang semua putih-putih punggungnya. Gunakan nyalaan gas.

Jadi, mana mungkin saya boleh gunakan perumpaan itu zaman sekarang. Kena cari perumpamaan baru yang sesuai dengan zaman dan keadaan.