dizzy.gif

Isnin cuti. Uruskan pendaftaran Ita di Management and Sains University (MSU) yang lebih dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), di Shah Alam.

International Business. Itulah bidang yang dipilih. Sesi pendaftaran agak cacamerba. Mungkin juga kerana pengambilan pelajar baru bukan secara serentak, tetapi secara berperingkat. Kerana itulah wujudnya keadaan semester pendek dan semester panjang. Jika di tempat lain mungkin juga semester pendek boleh ditafsir sebagai semester khas. Tapi, bukankah konsep pendek dan khas itu berbeza?

Ita hanya diam. Saya syak ada yang tak kena.

Selepas proses pendaftaran selesai, kami bergegas menemui agen rumah penginapan untuk pelajar. Agen tersebut membawa kami ke Bukit Subang [jaraknya 20 minit dari MSU]. Melihat rumah dan bertanya itu ini membuatkan saya berpuas hati dengan perkhidmatannya.

Agen tersebut dilantik oleh MSU untuk proses penginapan pelajar. Hal ini merupakan perkara yang baru pertama kali saya dengar. AGEN PENGINAPAN, rupanya menjadi suatu kerjaya yang boleh menguntungkan.

Seseorang agen yang dilantik oleh sesebuah universiti atau institusi pendidikan akan menawarkan rumah penginapan [biasanya apartment 3 bilik] kepada pelajar. Pelajar berhak memilih rumah yang ingin mereka diami. Jadi, agen akan bertindak menyediakan atau mencari rumah. Rumah itu pula bergantung kepada agen sama ada dilengkapi dengan katil, almari, meja belajar, dapur gas, peti ais atau mesin basuh, atau tidak. Agen juga berhak menentukan harga sewaan rumah secara bulanan.

Agen bukan sahaja bertindak mencari rumah, tetapi juga menjadi warden yang menjaga kebajikan dan juga mengawal kegiatan sosial pelajar secara berhemah.

Menurut agen tersebut, sebelum memasuki rumah penginapan, pelajar akan diberi taklimat tentang apa yang boleh dan tidak dilakukan semasa menginap di rumah tersebut. Hal ini amat di titik beratkan apatah lagi kawasan rumah yang didiami merupakan kawasan penempatan terbuka iaitu terdapat juga penghuni yang berkeluarga, warga asing dan penduduk lain yang berlainan latarbelakang mendiami kawasan itu.

Saya lega, tapi Ita masih membeku.

Sampai di rumah, saya bertanya pada Ita tentang kesediaannya memulakan kuliah.

Ita kata, dia rasa bidang yang diambil terlalu berat.

Saya diam. Bengang. Kerana ini adalah pilihan Ita dan bukannya kehendak saya. Kenapa dia tak tetap pendirian dan tidak berfikir secara mendalam sebelum memilih bidang pengajiannya? Saya tak mahu dia jadi seperti Ijal.

Saya tanyakan, bidang apa yang diminati sebenarnya?

Ita kata, macam akak laa [kewartawanan dan penulisan]

Owhh..komunikasi massa…

Saya bangun dari sofa sambil memberi sedas dua cubitan di lengannya.

*saya tahu yang memeningkan kepala Ita ialah karangan sepanjang 750 patah perkataan yang perlu disudahkan untuk membuat permohonan pinjaman MARA. Soalannya, Kenapa anda memilih bidang International Bisness sebagai bidang pengajian anda?

baca juga :

Advertisements