Pagi ini sangat indah. Matahari baru merangkak di kaki langit. Cahayanya terbias dengan baik dan sinarannya di celah-celah bangunan menyilaukan mata sikit-sikit.

Saya jangkakan saya akan sampai awal ke pejabat memandangkan lalu lintas juga agak lancar.

Tapi benarlah kata orang, langit tak selalunya cerah. Kadang hujan melanda ditengah hari.

Pagi ini, langit masih cerah, hujan tidak menitik. Matahari masih tersenyum megah di hujung sana.

Tapi jalan tiba-tiba sesak. Saya syak kemalangan.

Bukan kemalangan.

Ramai orang bersesak. Berarak. Ada lori bawa patung dewa. Ada api-api. Polis juga ada.

Jalan Batu, Jalan Ipoh.

rubbish.jpg

Sesak sudah tiada. Yang tinggal hanya sampah-sampah yang pelbagai bentuk dan rupa. Batang pisang, daun pisang, polisterin, cawan kertas, plastik, kelapa….

Oh ho, esok kan Thaipusam. Hari ini warga India mula berarak.

Budaya Rakyat Malaysia. Membuang sampah sewenang-wenangnya. Mungkinkah tiada tong sampah di sekitar atau tiada istilah tong sampah dalam minda mereka?

Saya tidak salahkan perarakan warga Hindu ini. Malahan, tidak kira bangsa apa pun di Malaysia ini, jika mengadakan perhimpunan, sambutan atau temasya, pasti ada sampah yang ditinggalkan merata-rata. Yang bukan sampah rajin pula di buang [bayi].
Jangan beri jawapan dangkal ini – “ala, kalau kita tak buang merata, nanti tukang sapu tak ada keje pulak“.  Jawapan ini sangat bodoh!

*Esok cuti. saya tak suka cuti.