Hari ini mendung. ‘Demam’ seorang teman menyinggah dalam diri. Buat artikel hampir siap, tapi ditangguhkan dahulu kerana telah menyimpang dari tajuk asal. Tag ini saya baru tahu melalui incoming link yang tertera pada ‘papan pemuka’ blog saya. Lama juga tak ditag. Jadi saya ambil keputusan petang ini untuk menjawab tag yang ringkas ini. Harap encik Musnaz berpuas hati.

Azam tahun 2008/ 1429.
Azam ni boleh dikatakan sebagai impian dan cita-cita. Tak semua orang mahu berkongsi azam selagi azam itu tidak terlaksana. Jika begitu, tunggu tahun depan untuk mengetahui apa azam saya. Hehehhe…secara umumnya, saya berazam untuk meningkatkan mutu penulisan saya, menjadikan bidang ini sebagai sesuatu yang boleh membanggakan diri sendiri, juga azam untuk menggunakan bahasa Melayu dengan sebaiknya [konon nak jadi pewaris khazanah bangsa] dan yang paling penting menjadikan bidang ini sebagai medium yang boleh bermanfaat kepada sesiapa sahaja. InsyaAllah…

Kenangan pahit tak leh lupa time 2007.
Hampir tiada. Tiada. Jika ada pun, sudah diubah menjadi manis.

Pengajaran dari tahun 2007.
Buat baik dibalas baik, dan jangan buat jahat walau sekali!

Pencapaian paling bermakna pada 2007.
Bina blog sendiri.

Kalau ada pose menarik sila buboh paparkan kat di sini.

031007_bayan.jpg
hehehe…gambar hasil lakaran Minami
gambar asal ada kat sini.

Sebaran virus kepada 8 sahabat bertuah.
Sebarkan virus? Saya pilih lima sahaja. Itupun terpulang kepada mereka untuk menjawabnya atau tidak.

  1. Saladin Convoy
  2. Knizam
  3. KNB
  4. de-kerinchi
  5. cik daun