Sharlinie hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik.

Kusut. Itu jiwa-rasa saya ketika mengetahui kes kehilangan kanak-kanak ini. Mungkin juga masyarakat dan pihak polis juga sedang ‘kusut’ memikirkan kemana hilangnya gadis kecil ini.

sharlinie2.jpg

 

Tetapi, saya percaya keluarga mangsa bukan sahaja ‘kusut’ malah bimbang-kecewa-sedih-takut-marah-geram dan sebagainya turut menguasai diri mereka. Bayangan-bayangan liar Nurin dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sebelum ini juga pasti menghantui siang dan malam keluarga mangsa.

Tak perlu lagi menuding jari dan rasa kepada siapa-siapa pun. Nak salahkan ibu bapa? Atau polis yang sebelum ini diketahui tidak dapat menyelesaikan kes Nurin dengan berkesan? Atau masyarakat yang kurang prihatin dengan persekitaran masing-masing?

Dari satu sudut yang difikirkan oleh golongan sosialis atau pencinta hak kemanusiaan [humanist] sudah pasti persoalan yang dilontarkan ialah kenapa Sharlinie? Dia cuma gadis kecil yang ingin menikmati zaman kanak-kanknya dengan manis. Dia tidak berdaya. Dia penghidap asma.

Jika orang yang menculik sengaja melarikan kanak-kanak itu dengan tujuan sekadar main-main, kamu memang GILA dan tidak harus hidup dalam masyarakat.

Jika yang menculik si kecil berniat jahat ingin mencederakan atau melakukan hal yang tidak sepatutnya, kamu memang sangat GILA dan tidak seharusnya hidup di dunia.

Kenapa tidak sahaja kamu memilih sang pelacur yang bersepah di dunia ini ataupun gadis liar yang sememangnya rela diperlakukan apa sahaja? kenapa kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa yang menjadi pilihan?

Semoga kehilangan kanak-kanak ini tidak mengheret kepada suatu hal yang serius. Sebagai masyarakat, bantulah apa yang kita mampu walaupun hanya sebaris doa agar Sharlinie di kembalikan atau pulang dalam keadaan yang selamat dan baik-baik sahaja. AMINN…..

Advertisements