chuasoilekmenterikesihatan-umnoreformdotcom.jpgRamai blogger yang mengambil kesempatan menulis dan mengulas tentang beliau seperti en. romantis, KNB, Shagrasyiid, pembebel, smsmen , jimadie dan banyak lagi.

Surat khabar apatah lagi. Sejak kes ini dilaporkan, dipecahkan dan digembar-gemburkan, hampir semua suratkhabar pelbagai bahasa melaporkan benda yang sama.

Masing-masing mempunyai pendapat. Ada yang memberi respon matang dan ada juga yang melatah tak tentu pasal. Yang pasti, si pesalah hanya tenang dan tenang.

Moral. Itulah kata kunci yang memakan diri Chua Soi Lek.

Sebenarnya teknologi banyak membantu kita mengenal akhlak dan peribadi pemimpin. Skandal seks seperti ini telah menghiasi dunia teknologi kita apatah lagi dengan kehadiran internet yang sebarannya tanpa sempadan. Jika bukan pemimpin pun, rakyat jelata ramai yang dah terkantoi semasa berasmaradana secara haram.

Hal ini tidak menjadi kudis kepada mereka yang buta nilai moral. Asmara-asmara haram itu tetap berlaku. Malah lebih banyak dan banyak. Tanpa mengira umur, latarbelakang atau pangkat.

Mungkin juga kerana hukuman ke atas pelakon asmara ini tidak ketat, maka ia bercambah dari hari kehari ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’. Tidak pula pernah kita dengar pelakon asmara DVD dan melalui sebaran video di internet disula, direjam atau hukuman lain yang memberi keinsafan, bukan sahaja kepada mereka tetapi orang lain. Padahal, kalau nak ikutkan, jelas kita nampak wajah-wajah yang melakukannya. Mudah bukan nak mencari sekurang-kurangnya 4 saksi untuk melaksanakan hukum Islam itu? [hanya untuk pelaku seks haram yang beragama Islam]

“It does not guarantee anything. Some people are lucky not to get caught.” kata Chua Soi Lek.