yearendemail_blast.jpg

Saya kurang membaca buku. Masih kurang. Target nak beli sebuah atau dua buah buku sahaja sebulan. Terlalu sedikit tu, kata seorang teman. Memang sedikit. Bukan kerana jimat wang tetapi saya tidak mahu membeli buku yang banyak kuantitinya dengan kadar pembacaan yang rendah kualitinya.

Malangnya, teori saya silap. Saya kena banyak membaca dan banyak membeli. Saya malas nak membeli kerana rak di rumah sudah uzur. Ruang di rumah juga sudah terhad. tunggu lagi dua tahun untuk berpindah ke rumah baru. Akan saya adakan satu bilik membaca yang luas dan menempatkan segala macam jenis buku yang saya miliki.

Semalam, saya ke jualan gudang buku Times Bookstore. Memilih buku di jualan gudang tanpa tanda jenis atau genre melemahkan jiwa. Akibatnya, saya mundar-mandir dan tidak bersemangat hendak memilih. Capai sahaja apa yang ada di depan mata. Kemudian balik. Penat.

dsc00232.jpg dsc00231.jpg

Antara buku yang sempat di capai : Beyond The da Vinci Code oleh Sangeet Duchane, In The Fall oleh Jeffrey Lent, 100 Powerfull Way to Win And keep New Customers oleh Paul R. Timm, 88 (koleksi cerpen Inggeris, Kuih Melayu Manis dan pedas oleh Norzailina Nordin dan beberapa buah novel Inggeris yang tak sempat diingati tajuknya [ada dalam simpanan Ita dan Yaya]

Setibanya di rumah saya kepenatan. Sempat jugalah selak buku kuih tradisional tu. Menarik.

dsc00248.jpg

dsc00247.jpg

dsc00246.jpg


Selepas ini, saya akan pastikan buku apa yang saya mahukan. Mencari masa yang banyak untuk memilih dan bukan tergesa-gesa seperti ini. Dengar khabarnya Popular dan Borders juga sedang mencanang jualan gudangnya. Mari serbu beramai-ramai.

*Nak tunggu DAWAMA buat jualan gudang.

Advertisements