dsc_0476.jpg

Puisi ini kutujukan buatmu jejaka…..

Sebenarnya puisi ini saya siapkan semasa berada di kampung minggu lalu. Bukanlah bermakna apa-apa. Mungkin juga jauh dari apa yang berlaku. Tapi, selalunya, apa jua karya kreatif baik puisi, cerpen, novel dan apa-apa sahaja sebenarnya ada kaitan dengan jiwa si penulis walaupun cuma sebesar zarah. Pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki itulah yang menghasilkan pelbagai bentuk karya sama ada dikomersialkan atau untuk simpanan peribadi sahaja.

Puisi itu telah siap. Tapi tidak mampu dikongsikan dengan anda kerana saya menggunakan komputer riba di rumah yang berformat microsoft office 2007. Saya lupa nak tukar format kepada mic. off. 2003. Akibatnya fail yang mengandungi puisi jejaka itu tidak boleh dibuka.

Mungkin tidak mengapa. Tapi perasaan saya terganggu. Selamat meneruskan kerja kepada anda di luar sana.