Hai, nama saya Bobot. Saya comel kan? Ya, Saya didatangkan dalam pelbagai bentuk. Saya berfungsi sebagai jam dan alat penggera. Kalau jam, itu biasa-biasa sahaja. Tapi saya dilengkapi juga dengan alat penggera.

Alat penggera saya bukan untuk memberitahu tuan rumah bahawa ada penceroboh sedang mengintai. Saya bergetar (vibrate) juga bukan kerana terpandang sesuatu..ala, seperti kucing yang sering terjungkit ekornya bila terpandang seseorang yang tidak dikenali.

Saya tahu ada pihak yang tidak menyukai saya, tapi ketahuilah, lebih ramai yang menyukai saya, terutama ibu bapa yang ingin mengawal aktiviti anaknya ketika menggunakan telefon bimbit.

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak yang suka ber’sistem pesanan ringkas’, jangan risau, saya ada untuk memantau kegiatan kurang sihat itu….hahahahha

Suami-suami atau isteri-isteri yang juga ingin memantau kegiatan ‘bertelefon’ dan ber’sms’ pasangan anda, saya rela membantu dan memberi khidmat terbaik.

Saya menjanjikan yang terbaik untuk bergetar…walaupun mereka berada di tingkat dua rumah anda, ataupun mereka berada di bilik dan stor, mahupun di mana-mana [sekitar rumah lebih kurang jarak 500 meter].

Pilihlah saya sebagai pemantau! Saya bukan along, saya cuma nak tolong![maaf, gambar kurang memuaskan]

dsc00183.jpg

dsc00184.jpg dsc00186.jpg

Advertisements