“i wish you were a fish in my dish”
“why?”
“Because….”
Hehehhe…Sebenarnya saya baru menamatkan kursus selama tiga hari [bermula Isnin, 26 November 2007 sehingga hari rabu]
Kursus komunikasi bahasa Inggeris yang dihadiri menepati apa yang saya jangkakan. Banyak perkara baru dipelajari. Seorang kawan berkata sinis kepada saya;
“ermmm, pejuang bahasa Melayu menghadiri kelas bahasa Inggeris…apa dah jadi dengan Bahasa Melayu yang diperjuangkan?”
“Bahasa Melayu membangun kerana bahasa Inggeris. tahukah kamu bahawa kamu tak nampak hebat pun dengan bahasa Inggeris yang kamu banggakan dengan saya tu. Sebutan kamu pun banyak silapnya. Kamu kena banyak belajar tentang sebutan, tekanan dan intonasi.”
“What?”
“pronunciation, stress and intonation”
Dia berlalu dengan jengkel.
Pada pendapat saya, anda [yang kononnya fasih berbahasa Inggeris, jangan la berbangga sangat dengan bahasa Inggeris itu. Ya, saya bukannya jumud sangat tidak mahu menerima kepentingan bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris penting, terutama jika kita jadikannya sebagai jambatan untuk mendapatkan atau menyampaikan sesuatu. Contohnya; Untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, menambah kenalan dari pelbagai negara, juga sebagai medium yang penting untuk berdakwah.
Di antara contoh di atas, manakah yang kamu gunakan sebagai alasan untuk berbahasa Inggeris. Kebanyakan dari kita gunakan bahasa Inggeris sebagai wadah untuk bermegah-megah agar kita kelihatan hebat dan ‘grand’ dari orang lain.
“ok girl, you’re not look so stupid if you use Malay language properly, but you look stupid if you don’t know how to speak and behave like the truly Malaysian people”
Silapnya kita lagi, apabila membahasa Inggeriskan Sains dan Matematik sebagai usaha untuk mengangkat bangsa kita supaya dapat membina pembangunan yang lebih baik. Itu satu kesilapan yang besar.
Sebaiknya, perbaiki kelas bahasa inggeris yang sedia ada. Tidak mungkin kementerian pelajaran ‘buta’ dan tak sedar yang kegagalan bahasa Inggeris kerana kegagalan guru bahasa Inggeris itu sendiri dalam mengajar atau memotivasikan pelajar-pelajarnya. Kata-kata saya sebegini agak menghukum guru bahasa Inggeris kan?
Tapi itu hakikatnya. Guru bahasa Inggeris bukan sahaja harus tahu ilmu berkenaan bahasa Inggeris itu, malah, budaya dan cara memotivasikan pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan bahasa Inggeris.
Saya katakan begitu kerana semasa kursus ini, saya temui guru yang benar-benar baik untuk mengajar bahasa Inggeris. Cara dia menyampai dan memberi maklumat amat terkesan. Begitu juga cara dia memotivasi dan menegur sangat baik. Jika semua guru bahasa Inggeris saya begitu sejak saya darjah satu, pasti saya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat. Mujurlah kesedaran berbahasa Inggeris muncul di saat saya ketinggalan semasa semester pertama di Universiti. Alhamdulillah juga, saya berusaha sendiri menguasai bahasa Inggeris. Dan setelah menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, saya tidak nampak keperluan bahasa Inggeris dalam membangunkan bangsa dan menaikkan kehebatan negara Malaysia.
Malaysia boleh maju dan membangun jika berpaksi kepada budaya dan jatidiri yang tersendiri. Dan Malaysia juga tidak mandul minda jika tidak mengangungkan bahasa Inggeris. Percaya lah!
November 30,2007 at 2:51 pm
hehe..saya pun tak hebat dalam bahasa inggeris ni..tapi ia tetap mempunyai kepentingan dalam kehidupan seharian..terutamanya dalam internet kini…
November 30,2007 at 6:31 pm
Bahasa melayu satu kemestian
bahasa inggeris satu keperluan
lagi elok jika dapat kuasai lebih dari satu bahasa… errr… bahasa jepun dan cina juga ada kemungkinan menjadi bahasa kedua terpenting di dunia selepas bahasa inggeris.
Masalah di malaysia ini ialah ada di kalangan melayu sendiri yang meminggirkan bahasa melayu itu sendiri.
saya boleh aje menulis menggunakan bahasa inggeris di blog saya tapi saya memilih bahasa melayu; bukan sebab saya tak tau bahasa inggeris; bahasa inggeris saya sendiri ada yang broken…tapi bahasa melayu itu tetap indah…
cuba tulis surat cinta dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris… mana satu yang lebih berbunga….. 🙂 thehehe
November 30,2007 at 10:51 pm
Me tringat di tv3 dewan rakyat mngutuk dewan bahasa pustaka yg ‘kemandulan minda’.. Mrk kutuk kamus dewan tkini yg dbanjiri bhs inggeris yg dimelayukan..
November 30,2007 at 10:59 pm
btl 2..sy skg kata2 cik bayan..yang bermasalah cuma bahasa inggeris mengapa tukar matematik dan sains dalam bahasa inggeris..kementerian ibarat kerana nyamuk kelambu dibakar..benda lain yang kjadi masalah benda lain yang dibetulkan 😉
Disember 3,2007 at 8:37 am
zuriaf dan genetic : Kuasai semua bahasa suatu keistimewaan. Ini bukan soal individu tapi soal kenegaraan. Apabila negara meletakkan bahasa Inggeris setara dengan bahasa kebangsaannya, mana letak harga dan nilai bahasa kebangsaan itu? Bahasa Melayu tidak semudah yang disangka. Seperti bahasa lain, ia turut mendukung budaya dan adat yang melingkungi sesebuah negara. Bahasa Melayu banyak keistimewaannya. Teroka lah dengan jati diri kita yang sebenar.
yginsaf: Jika kamus bahasa lain semakin tebal…kamus dewan kita semakin nipis dan dipenuhi bahasa pinjaman yang tidak diperlukan dalam nahu kita. Memang benar, apa praktikalnya guna bahasa pinjaman sedangkan bahasa Melayu sendiri memang mempunyai perkataan yang mendukung makna perkataan pinjaman itu…kita tak searus dengan globalisasi…kita semakin menyempit dengan arus itu…
avataraang : banyak perkara jika dipolitikkan akan jadi seperti itu ….”marahkan nyamuk, kelambu dibakar”
Disember 3,2007 at 8:43 am
Baru2 ini kami dicabar mencipta ayat yang tiada langsung kalimat pinjaman. Mustahil! Bahasa Melayu kita hakikatnya kaya disebabkan amalan meminjam – Sanskrit, Arab, Inggeris, Jawa dan lain-lain.
Disember 3,2007 at 8:51 am
Memang benar cikgu. Seperti yang tersiar di dalam akhbar minggu lepas, encik Zubaidi Abas, Pengarah DBP wilayah Selatan ada mengatakan semua bahasa kaya dengan kata pinjaman. Tetapi bahasa Melayu kita banyak mengambil terus pinjaman tersebut sedangkan kita sudah mempunyai kata yang sama maknanya dalam bahasa Melayu.
Disember 5,2007 at 9:23 am
[…] dalam bahasa Melayu tetapi kerana bahasa Inggeris itu sendiri. Hal ini telah saya utarakan dalam blog saya sebelum ini. Dan di bawah ini pula cadangan atau pendapat guru tersebut. Pengajaran bahasa Inggeris […]
Disember 17,2007 at 10:35 pm
hehe )
Ogos 17,2014 at 3:13 pm
My spouse and I stumbled over here different web page and thought I should check things out.
I like what I see so i am just following you. Look forward to going over
your web page again.