Tanda-tanda pilihanraya semakin hampir….

Felda umum bonus RM146.4j kepada peneroka

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran bonus insentif produktiviti berjumlah RM146,388,200 kepada 90,322 orang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara.

Timbalan Perdana berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat pada akhir Disember ini…….

Kesilapan melaporkan berita sebelum pilihanraya. Haaahahha….Berita ini sepatutnya dilaporkan selepas pilihanraya, tapi tak apa,rakyat Malaysia bertolak ansur dalam hal ini.

Kerajaan Bayar Pampasan RM380 Juta Jika Tol Tidak Dinaikkan Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta jika kadar tol di sembilan lebuh raya di negara ini tidak dinaikkan mulai awal tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau berkata lapan daripada lebuh raya itu dijadual menaikkan kadar tol masing-masing mulai Januari dan satu lagi dijadual mulai 1 Oktober…


Advertisements