aduhai panasnya,”

“Ala…sikit je. kenapa perempuan zaman sekarang suka mengeluh”

“saya bukan mengeluh. Saya kata panas, baju berbau rokok dan owh..petang ni saya kena jumpa seseorang untuk membuat satu artikel”

“memang la panas”

“lain kali kita makan kat tempat biasa je la”

“kenapa?”

“sebab kat situ hormon badan saya akan stabil”

“kat sini?”

“Kat sini saya terasa nak bertukar jadi raksasa”

“hahahahaha…jadilah, saya nak tengok”

Dan dia, terus menjamah nasi goreng Tang Ling yang memang sedap.

Saya memilih menyimpan raksasa yang menyinga di dalam hati. Jika raksasa tu keluar, sudah pasti raksasa itu akan membaham semua ikan bakar yang sedang dijamu kepada pelanggan, ABC yang tak sedap dan Mee Goreng Tang Ling yang sudah habis sebelum petang.

Advertisements