psittacula.jpg

WordPress diperkenalkan oleh seorang rakan yang membuka sebuah blog kerana ingin mengumpulkan kesemua artikel yang dihasilkannya.

Tujuan beliau membuka blog dan memaparkan artikel tersebut dalam satu ruangan yang lebih bersifat terbuka dan popular amat menarik perhatian saya. Ye la, laman web rasmi sesebuah pertubuhan, badan kerajaan atau yayasan agak sukar dicapai kecuali kita mengetahui alamat web tersebut dengan jelas. Dan lagi, laman web kami tidak menyediakan ruangan komen, hanya mengharapkan email dari pembaca, dan proses interaksi maya begini sudah tentu memakan masa dan tidak efektif seperti weblog.

Maka, saya pun membuka sebuah blog dengan tujuan memasukkan kesemua artikel yang saya hasilkan dan berharap pembaca akan memberi komen membina untuk saya memantapkan lagi penulisan dan penebaran fakta kepada umum.

Namun, oleh kerana terpengaruh dengan blog-blog rakan lain, blog saya telah lari dari sasaran. Sasaran asalnya hanya untuk memuatkan artikel, tapi akhirnya dah jadi cacamerba dengan topik-topik sampingan yang kebanyakannya bersifat diari peribadi.

Hari pertama mendaftar, saya tergesa-gesa mencari nama yang sesuai dengan saya. Membuka kamus, mencari setiap entri (huruf demi huruf), memeningkan kepala saya. Akhirnya saya bertemu dengan entri B – BAYAN

BAYAN

Bayan I Sejenis burung nuri -Psittacula spp; bayan api, Psittacula alexandri; bayan budiman, Psittacula eupatria; bayan lepas,Psittacula krameri.

Bayan IIIkan bayan (sejenis ikan laut), Bodianus spp., Choerdon spp.,Scarus spp., Thallosoma spp., dll

Bayan III – (Bhs Arab) nyata, terang ; ilmu bayan – pengetahuan yang menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dalam al-Quran.

ambigram bayan by azrul

Definisi bayan yang ke III memang berat dan memerlukan penelitian yang jitu jika ingin mencapainya. Menerangkan sesuatu yang bertitik tolak dari ummul kitab al-Quran memang menjadi impian saya. Bukankah apa yang ada dilangit dan dibumi malahan ceruk alam mana sekalipun semuanya terkandung di dalam al-Quran? Saya sedang belajar menyelongkar rahsia yang Maha AGUNG itu.

Namun, saya masih belajar. Setakat ini, saya hanya berkongsi apa yang saya tahu dan yakin boleh membawa manfaat kepada orang lain. Mungkin ada beberapa entri yang tidak begitu bermanfaat, mungkin juga saya terlepas pandang perkara yang munkar yang berlaku di dalam blog saya. Saya hanya manusia biasa. Proses belajar dan saling tegur menegur amat saya harapkan dari rakan yang lain.

Selain terpesona dengan takrifan bayan yang merangkumi proses belajar-berkongsi-memahami-menanggapi- apa yang ada dilangit dan dibumi- maka saya memilih bayan sebagai personaliti maya saya dan nama Psittacula Alexandri sebagai nama rumah saya ini.

Selain itu, saya juga terpesona dengan perwatakan burung bayan yang budiman seperti yang terdapat di dalam Hikayat Bayan Budiman. Suatu hari nanti saya akan riwayatkan hikayat itu di dalam blog ini.

031007_bayan.jpg

Sebenarnya hal ini saya kongsikan kerana ramai yang bertanya, mengapa Psittacula Alexandri dan bayan saya gunakan sebagai imej saya. Oleh itu, harapan saya kepada sesiapa yang masih tertanya tentang hal ini, semoga entri kali ini memberi penjelasan sewajarnya kepada anda.

entri rujukan :

  1. Saya dan blogmas
  2. Saya dan klasik
  3. facts about me
  4. siapa saya
  5. bicara bayan

Advertisements