Suatu petang yang semalamnya ketenangan saya diragut, saya menemui encik pelangi. Encik pelangi bersemayam di langit Sungai Buloh ketika saya dalam perjalanan pulang dari melihat-lihat bakal kediaman baru saya.

Saya sempat mencuri imej encik pelangi walupun hanya dengan menggunakan kamera telefon bimbit.

Saya fikir ketenangan akan mendampingi saya dengan menikmati ketampanan dan kesempurnaan rupa paras encik pelangi. Saya tersilap. Pelbagai perkara menujah otak kiri dan kanan tanpa sempat saya memohon diri untuk berfikir.

Akibatnya, saya letih.

p2.jpg

p3.jpg p4.jpg pelangi.jpg

Persoalan :

  1. Kenapa warna langit terpecah menjadi dua bahagian setelah pelangi muncul? Perasan tak?
  2. Adakah pelangi memang memancarkan hanya beberapa warna atau mata saya yang tidak nampak, atau pelangi ada 7 warna, merupakan mitos sahaja?
  3. Kenapa Farah Fauzana terlalu seksi dalam Melodi semalam? Memang tak der kena mengena dengan pelangi, tapi ketika masih memikirkan mengenai pelangi semalam, tiba-tiba mata saya dihidang dengan penampilan Farah yang agak keterlaluan sehingga saya lupa untuk mencari jawapan kepada persoalan 1 dan 2 di atas.