Hari ini Jumaat. Jumaat yang penuh dengan rahmat dan dijanjikan seribu ketenangan jika diisi dengan amal dan Ibadah.

Ya, hari jumaat ini memang penuh rahmat. Hujan yang turun [yang selalunya amat tidak menyelesakan] tidak mempengaruhi perasaan. Hujan sangat indah. Membasahi tumbuhan di muka bumi dan sedikit tempias ke wajah saya.

Bas dan komuter lewat sedikit. Tapi alhamdulillah, berkat bangun awal, mandi awal, membaca sepotong dua doa sebelum keluar rumah dan melangkah ke perut komuter….perjalanan saya berjalan lancar.

Tapi aduhai, saya terlupa bersyukur dengan nikmat yang diterima. Ketenangan itu diambil balik oleh penciptaNya.

Ya, saya seorang yang cerewet, apatah lagi bab berpakaian dan berketrampilan. Saya tidak cantik. Bukan juga berlagak cantik. Saya hanya mahukan keselesaan membaluti penampilan saya setiap hari.

Menempah jahitan pakaian di Pahang [baju kurung pahang], sudah membuktikan bahawa saya bukanlah sebarangan memakai pakaian ke pejabat. Namun, perasaan tidak puas hati membuatkan saya terlupa bahawa kesederhanaan amat penting dalam hidup.

Baju itu sangat cantik jahitannya. tapi konon-kononnya nak cantik lagi, saya pun dengan mengada-ngadanya ingin menambah sulaman dan manik-manik kecil agar baju itu bertambahhhhh comel dipadankan ke tubuh saya.

Maka, dengan tidak memilih tukang jahit manik dan sulam, saya pun menghantar baju itu ke tangan orang yang ‘tak reti bahasa’.

dsc00146.jpgSebagai wartawan dan perempuan yang suka membebel, saya rasa permintaan saya cukup jelas kepada si tukang jahit – tak mahu begini, tak suka begitu, jahit yang ini, begini, begitu, jangan begini, buat begitu…bla..bla…

Hasilnya, dia buat begitu dan begini yang cukup saya tak suka. Baju itu jadi tak senonoh dan saya rasa nak membakarnya. Harga yang ditetapkan juga tidak munasabah. Mungkin munasabah dengan hasil yang telah dibuat, tapi tak munasabah bagi saya yang tak mahu hasil sebegitu. Arghhhhh..saya rasa nak bakar je baju tu.

dsc00143.jpg  dsc00144.jpg dsc00145.jpg