pb040172.jpg

Pagi itu, setelah gagal mengikut ‘implementation plan‘ yang ditetapkan – iaitu masuk kerja harus pukul 8 pagi dan bukannya 8.06 pagi; maka, saya dengan tidak menghiraukan keayuan bergerak laju menuju ke lif dan mula menekan nombor 3 banyak kali…sangat banyak [ya, kadang, vandalisme dilakukan oleh orang yang terpelajar dan golongan intelektual dan bukannya kutu rayau atau mat pit ataupun mereka yang selalu digelar sampah masyarakat]

Memasuki pintu dengan menggunakan kad swipe amat leceh kan? Tapi lagi leceh guna mesin swipe yang lama tu…yang tergantung atau diletakkan di atas meja..lepas tu ada banyak kad kuning atau warna warni mengikut gred atau pangkat yang diletakkan di dalam peti bertingkat.

Telefon bimbit berbunyi [ lagu Beautiful Girls – Sean Kingston]

ila..boleh tak ambil gambar meeting pagi ini?” [pemanggil] dan [ya, saya paparkan nama sebenar saya kerana encik Hasfa telah mengumumkan nama saya dalam blog ini suatu ketika dulu, kalau kamu [pembaca] perasan akan hal itu]

“pagi ini? Pukul berapa?” saya menjawab

“Sekarang la, kenderaan pejabat dah tunggu.”

“Kat mana?”

“PNB Darby Park”

“Ok, tapi kamera tak ada ni, tolong cari ye”

Maka pencarian kamera digital pun bermula sebelum pukul 8.30 pagi – waktu yang ditetapkan untuk pergi ke PNB. Ok, pinjam kamera rakan sepejabat kerana kamera pejabat dah rosak.

Meeting kali ini agak kelam kabut. Sudah ada ahli jawatankuasa pelaksana namun, yang menjalankan kerja-kerja menguruskan mesyuarat besar ni hanya beberapa kerat. Dan lebih kelam kabut apabila ‘bos’ yang menjadi tunggak program ini sangat cerewet.

Saya tidak terlibat untuk mesyuarat ini, namun diminta mengambil gambar dan membuat sedikit berita untuk dimasukkan ke laman web. Maklumlah, ini mesyuarat yang besar melibatkan datuk dan tan sri serta perwakilan agensi kerajaan yang lain untuk menganjurkan Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar pada Februari tahun depan.

Saya lihat bos marah pada rakan sekerja saya kerana beberapa kesilapan dan kesalahfahaman yang berlaku. Dan tiba-tiba saya sedar bos saya (pengurus editorial) sangat baik dan memahami. Dan saya tidak pernah bersyukur dengan hal itu, sebelum ini.

Saya nak jadi macam bos saya – Zaen Kasturi yang baik dan tenang, sedikit tegas dan bijak.

Teringat juga kata-kata Tan Sri Ismail Hussien, ciri pemimpin Melayu sejati ada pada Tun Abdul Razak.

Advertisements