Membaca dengan rasional dan juga mengingat sejarah perjuangan budaya bangsa Tun Abdul Razak.

 pb050223.jpg

Pada pendapat saya :

  • Perjuangan mengantarabangsakan tamadun bangsa ialah memelihara budaya bangsa yang sedia ada sejak zaman nenek moyang.
  • Menggemilangkan atau memartabatkan bangsa bukan melalui apa yang dicapai tetapi apa yang dikekalkan dengan baik. Bak kata Tan Sri Ismail Hussien, pencapaian bukan diukur dengan kuantiti tetapi kualiti.
  • Tak perlu jadi ‘bangsa angkasa’ untuk membina peradaban dan tamadun yang hebat. Lebih baik jika kita, sebagai bangsa Melayu, dan rakyat Malaysia mengekalkan dan sentiasa menaiktaraf kebudayaan kita yang unik dan lain dari yang lain tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi.
  • “Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa…….” YA, memang itu semua perlu, tapi keperluan itu boleh diaplikasikan untuk kita bina budaya bangsa kita yang tersendiri dan bukannya gunakan budaya bangsa lain untuk membina budaya kita.
  • Ya, memang perkataan ‘angkasa’ mewakili pelbagai situasi, bukan sahaja naik ke angkasa tetapi menggapai apa jua impian, usahanya harus menggunung dan tinggi sampai ke angkasa.
  • Sudah tiada pendapat cuma soalan : Apakah budaya bangsa yang ditunjukkan oleh pemimpin zaman sekarang untuk membina budaya bangsa dan negaranya?

pb050224.jpg

 

Sekian, terima kasih!