Saya dah sihat. Alhamdulillah, atas saranan encik Nickmenza dan sponsor pil che kit teck aun dari rakan sepejabat, saya kembali sihat.

Dan hari ini, dengan tidak mengingat lagi peristiwa keluar masuk tandas semalam, saya menghadiri dua lagi majlis sambutan hari raya.

  1. Sambutan Aidilfitri peringkat agensi Islam di Jalan duta [Masjid Wilayah Persekutuan]
  2. Majlis jamuan hari raya di YADIM, Jalan Ipoh.

pa300032.jpg

YB Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencuba menu yang dihidangkan

 

pa300022.jpg

antara hidangan yang tak sempat menjadi santapan saya

Menu yang pelbagai membuatkan saya makan tanpa berfikir. Kembali ke pejabat, saya dan seorang teman bercadang untuk ke Pasar Seni dengan tujuan membeli sesuatu. Melalui Masjid Negara, saya dapati kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya berbelanja/ membeli barangan yang dijual di pasar jumaat sebelah Masjid Negara.

ermm…dan menerawang di sekitar pasar seni, ramai juga  kaum adam yang menjadikan pasar seni sebagai ‘gua’ tempat mereka bersembunyi sewaktu solat jumaat berlangsung.

Advertisements