Dah lama saya tidak menurunkan petua bonda dalam blog ini. Hari ini semasa melihat cermin, saya dapati lingkaran hitam sekeliling mata mula wujud kembali.

eyes.jpg

Punca

  1. Mata yang keletihan akibat terlalu banyak membaca, merenung skrin komputer, membaca di bawah lampu yang malap dan juga tidak cukup tidur.
  2. Penggunaan alat mekap seperti pembayang mata dan sebagainya yang tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur.

Cara menghilangkannya

  • Menggunakan kentang → Ubi kentang mengandungi enzim catecholase yang banyak digunakan dalam produk kecantikan sebagai agen pencerah. Caranya : kisar sebiji ubi kentang. Bahagikan kepada dua bahagian dan balutkan dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Timun → Parut hujung timun [bahagian kepala yang berwarna hijau pekat. Lebih baik jika timun itu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu]. Ambil tisu muka [berbentuk empat segi] dan basahkan dengan air yang terhasil melalui parutan tadi. Lekapkan di mata. Boleh juga jika anda ambil hampas parutan dan letak di atas tisu dan kepitkan dengan tisu yang lain. kemudian, tekapkan ke kelopak mata yang tertutup selama beberapa minit. Lakukan selalu.
Advertisements