misi.gif

Ita, dalam kelam kabut dan tidak yakin telah pun berangkat ke Putrajaya untuk menyelesaikan sesi temuduga sebagai jururawat pelatih separa perubatan.

Semasa membebel beri nasihat dan tips semasa di sana, ita masih tersengguk-sengguk ngantuk. Katanya tak dapat tidur kerana sekumpulan manusia yang membuat bising dan ada sedikit pergaduhan yang berlaku.

Sebenarnya memang selalu berlaku pergaduhan antara kumpulan itu dan kumpulan ini. Masing-masing berlagak samseng dan seolah-olah kawasan itu wilayah mereka. Ah…persetankan mereka.

Ita bersiap dengan baik, walaupun terlalu ringkas. saya calitkan sedikit lip gloss dan betulkan tudung yang dipakainya. Oleh kerana ita tidak pernah memakai kasut bertumit, maka, kasut yang baru dibelinya itu sungguh tidak menyelesakannya.

Ita menukar kasut tumit itu dengan kasut saya yang flat dan kasut itu pula hanya sesuai dipakai untuk bersantai atau tengok wayang.

Dan tadi Ita menelefon saya dan memberitahu bahawa sesi temuduga itu formal dan dia harus memakai kasut tumit tinggi. Segalanya terlambat.

kasut-1.jpg

Saya doakan manusia bernama ZARITA ISA yang bernombor 17 semasa menunggu giliran temuduga itu, akan lulus dan dapat menjawab dengan baik. AMINNN…

Advertisements