spongebob1.jpg
Ini bukanlah kisah lucah. tetapi gabungan tiga tajuk berita yang berbeza yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Berita-berita ini menarik bagi saya untuk mengaitkannya dengan situasi di Malaysia.

WASHINGTON: Coli, yang selama ini digunakan untuk menyokong dan memberi keselesaan payu dara, tidak lama lagi turut menawarkan faedah kesihatan, kerana saintis di Universiti Bolton bertungkus lumus menghasilkan coli yang dapat mengesan sama ada si pemakai menderita barah payu dara peringkat awal.

Teknologi sentiasa berkembang. Dari sekecil-kecil masalah hingga masalah besar, InsyaAllah, teknologi boleh membantu. Pelbagai alatan, ubatan dan makanan kesihatan dihasilkan melalui kajian menyeluruh dan penggunaan teknologi moden. Harap-harap, penghasilan coli sebegini dapat dipatenkan sesegera mungkin agar tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan menghasilkan coli tiruan.

Sebagaimana yang terjadi di Malaysia, berkaitan isu tongkat Ali dan herba-herba tempatan yang berkembang pesat di dalam pasaran. Pengkomersialan herba sebegini semakin tidak dipercayai kerana terdapat segelintir peniaga/pengusaha yang mengambil kesempatan menjual produk kesihatan/herba tiruan. Kasihan pengguna!

LONDON: Kerajaan Britain memutuskan tidak mengharamkan pelajar Muslim memakai tudung di sekolah atas alasan penampilan individu mempamerkan ciri-ciri keagamaan seperti tudung, boleh diterima.

Alhamdulillah, akhirnya pembelaan terhadap muslimat di negara barat terlaksana juga. Sebelum ini, pelbagai isu wanita muslim yang bertudung di luar negara menjadi tatapan mata kita. Mereka berusaha sehabis daya untuk bertudung walaupun mendapat tentangan pemimpin luar atas alasan ‘tidak mahu ada perbezaan agama dan perkauman’ akibat bertudung.

Tapi di Malaysia, sebuah negara Islam, tidak ada halangan untuk mengamalkan apa jua jenis agama selagi tidak menyinggung mana-mana agama lain. Malaysia sebuah negara Islam yang menjadi contoh kepada negara luar. Bab tudung masih gagal ditangani dengan baik. Bukankah pemimpin mempunyai kuasa [seperti negara barat yang sewenang-wenangnya mengharamkan tudung]. Bukankah bertudung itu wajib?

Teliti dan hayati suruhan Allah dalam surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

β€œ….dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada..

ROME: Sebilangan besar penduduk lelaki Itali yang digambarkan sebagai ‘anak emak’ akan ditawarkan wang untuk mereka berdikari.

Bolehkah ini dikategorikan sebagai rasuah. Hahahaha…Sejak kecil kita telah dirasuah. Macam mana nak hapuskan rasuah kalau begini caranya? Tapi kalau rasuah tu ada kebaikan apa salahnya kan? Lebih baik dari tak buat apa-apa untuk selesaikan masalah. Harap-harap Malaysia cari kaedah lain untuk hapuskan pengangguran di Malaysia. Lagipun, Malaysia bukannya banyak duit kan? [kes bonus raya yang tak dapat…. huhuhuhuhu]

Sumber : Berita Harian online, 8 Oktober 2007

Advertisements