Saya tidak tahu sama ada saya telah menyusahkan rakan-rakan blog dengan meminta itu ini dari mereka. Saya juga tak memikirkan masa yang mereka terpaksa peruntukkan untuk melayan saya. Saya tidak pernah menyedari hal itu apabila permintaan saya ditunaikan. Apatah lagi apabila permintaan itu ditunaikan sebaiknya melebihi jangkaan saya.

Sebelum ini, saya telah mengucarkacirkan masa azrul dengan meminta beliau membuat ambigram ‘BAYAN’ untuk saya. Hasilnya amat mengujakan saya. Macam mana dia tahu saya suka warna hijau? Saya pernah uar-uarkan ke dalam blog yang hijau adalah warna kegilaan saya? Wallahua’lam.

Kini, seorang lagi blogger yang kena ‘siksa’ dengan permintaan saya ini. Seorang gadis kreatif bernama minami. Baru beberapa minggu, menjengah blog beliau yang memuatkan kartun komik hasil cakaran beliau sendiri. Kagum. Saya memang minat dengan cabang seni sebegini (kartun, lukisan, webdesign, ambigram, kaligrafi dll). Cuma tiada bakat untuk menghasilkan dengan tangan sendiri. Sekadar suka melihat sahaja.

Maka dengan rasa tidak malu dan tidak memikirkan ruang-waktu beliau, saya telah mengutarakan permintaan yang agak ‘menjeng’ [bahasa jawa – miang/gatal].

hahahhaa..kamu memang kreatif…analogi kamu sungguh jelas. camna kamu lukis ni? guna komputer ke? alahai…remehnya. kalau saya request kartun muka saya boleh tak? kira2 cam gravatar laaa…”

Minami jawab ;

“creative ker? takde la creative mana pun cuma idea bangang2 je..hehe haah aku lukeh guna computer..nak freehand ni mcm tak lawa je..haha ..ko nak request kartun muka ko? hmm hmm kang tak jadi muka ko jadi muka org lain plak cemana? haha..tapi kalu nak try boleh jugak..ape salahnya hehe ada brani?”

Saya tak jangka Minami buat secepat begini memandangkan beliau sendiri mengatakan kesibukan yang beliau alami. Tapi hari ini, bila buka blog beliau, kartun saya dah siap dan dipaparkan di blog beliau [bertarikh 3 Oktober 2007]. Komen dah mencecah 15. Ermmmm..saya ketinggalan kereta api lagi.

031007_bayan.jpg

Oleh itu dengan rasa bangganya, saya nak beritahu satu dunia, kartun saya yang terhasil dari keringat cik Minami dah siap dan dipaparkan di atas. Cantik kan?
Sekian, Terima Kasih MINAMI.

Advertisements