Dengar Sinar Pagi di Sinar FM.

Apa rasionalnya Kak Engku [Raja Azura] jadi Dj jemputan? Apa rasionalnya Salih Yaacob menyanyikan lagu Melayu (terutama lagu klasik 60an dan 70an) dalam bahasa Inggeris (loghat Melayu) yang pelik bunyinya?

Saya yang agak cauvinis hari ini merasa terseksa dan sakit telinga mendengar lagu itu di dendangkan dengan kuatnya oleh pemandu bas Metro bernombor 100.

Semak telinga sebenarnya kalau lebih dari dua orang dj mengendalikan satu segmen. Dua orang dj pun kadang jadi serabut. Kecuali jika dj tersebut pandai mainkan peranan dan ada keserasian suara antara mereka seperti Kiran dan Khairil [suatu waktu dahulu] dari radio ERA.

Sekarang ni pun rasa semak mendengar radio swasta di Malaysia.

  1. Pagi di Era di kendalikan oleh Kiran, Yasmin Hani dan Ac Mizal. Rasa cam ada tak kena dengan suara mereka. Tak ada keharmonian. Ada babak menjerit-jerit dan merengek-rengek. Memualkan.
  2. Hot fm suatu waktu dulu kecoh dengan satu segmen yang saya lupa namanya. Tapi segmen tu bertujuan mengenakan orang lain. Suprise la kononnya. Idea itu ok juga tapi topik dan cara mengenakan orang biarlah berpada. Jangan sampai memalukan orang.
  3. X-Fresh fm dah banyak iklan. Membebel pun sangat santai sehingga terkeluar sepatah dua perkataan yang kurang manis di dengar oleh pelajar sekolah atau remaja.
  4. Perlukah Halim Othman diapit oleh Raja Azura atau Salih Yaacob?
  5. Segmen sampingan Saiful Apek gitu-gitu di ERA suatu waktu dulu amat menghiburkan. Pendek dan ceria.

*Ini adalah pandangan peribadi saya yang tidak dipengaruhi nilai prejudis.