Ita dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu dan dunia kesihatan [fokus kepada dunia kejururawatan]. Temuduga yang bakal dihadiri pada 30 oktober 2007 ini betul-betul membuatkan Ita panik. Ye la, dia tidak biasa pergi temuduga untuk jawatan profesional macam ni.
Jumaat yang lepas, kami balik kampung sama-sama. Dia lapar. Dia tidak puasa. Saya puasa. Tapi saya belikan Spicy Chicken McDeluxe satu set. Dia tanya;
Akak tak malu ke beli makanan bulan puasa ni?
Alah…biasa je. Lagipun awak lapar kan?
Dia diam. Saya tanya;
kenapa diam?
touching!
eleh….
Dia makan sambil mengacu-acukan kentang goreng, burger dan air milo kepada saya. Saya biarkan dia dengan nilai kebudak-budakannya itu.
Sampai kampung, emak menujukan surat kepada Ita. Ita baca dan terus datang kepada saya.
Tawaran Kemasukan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di UUM, cawangan Johor Baharu.
Ita tanya apa harus dia buat sedangkan dia ada temuduga bulan depan. Haruskan dia menerima tawaran itu.
Saya kata pada dia yang temuduga itu belum tentu dapat. Dan surat tawaran itu memang pasti dapat dan hanya tinggal daftar je bulan depan.
Tapi Ita sengaja memeningkan diri dengan termenung. Alahai…
kenapa?
Kawan Ita kata program PJJ tu ambil masa 10 tahun pengajian…
what???? 10 tahun? Berapa kali kawan awak tu kemalangan atau tangguh pengajian kerana gagal dalam subjek?
Tak faham…
yer la, tempoh masa pengajian PJJ sama macam pengajian sepenuh masa yang biasa. Kecuali kawan awak tu kemalangan 3 kali dan terpaksa tangguh pengajian. Dan juga jika dia gagal subjek, dia kena ulang subjek yang sama. Jika subjek itu ditawarkan setahun sekali, maknanya dia kena tunggu setahun demi setahun untuk lulus.
haaa?
tak faham la tu?
yup.
Bodoh! Gila ke belajar sampai 10 tahun hanya untuk course pengurusan awam. Lainlah course medical, itupun 7 atau 8 tahun jer.
Habis tu kawan Ita cakap cam tu.
Kawan awak tu siapa? tengah belajar kat U?
Tak la, mengajar sekolah tadika je.
Patutlah soalan awak hari ni macam budak sekolah tadika. Awak kena banyak membaca. Jangan Main sms jer.
Ala bukan sms dengan pakwe.
Ya, akak tahu, kamu memang tak ada siapa yang nak.
Melampau….
Dan Ita beku lagi. Saya dah putuskan yang dia harus sambung belajar walau secara PJJ. Dan Jika dia dapat tawaran sebagai jururawat, dia masih boleh menyambung belajar.
Oktober 1,2007 at 3:40 am
Tempoh PJJ depend pd course yg diambil tp x tau pula klau ada yg smpai 10 tahun…hmmm…
Oktober 1,2007 at 4:37 am
hahahah.. tak macam kita dulu .. semua buat sendiri. semua carik sendiri .. . pening pening..
Oktober 1,2007 at 5:38 am
ed..tempoh 10 tahun boleh terjadi bila kita ambil pakej sikit2. maknanya dalam pakej tu ada tahap-tahapnya. jika kita boleh go on..kita teruskan la…jika tak, relaks dua tiga tahun jap…begitulah adanya….
en. adi : betul tu…budak2 sekarang MANJA dan tak tahu BERDIKARI…
Oktober 1,2007 at 5:40 am
garang betul awk ni ye…
Oktober 1,2007 at 5:43 am
biarlah dia buat keputusan sendiri…kita cuma boleh guide dia selebihnya biar dia yang tentukan untuk diri dia sendiri. tak adil kalau kita yang beri dia keputusan…kemudian dia terkapai-kapai sendiri…antara kehendak, keinginanan dan kebingungan
Oktober 1,2007 at 5:43 am
pembaca : ya…saya sangat garang dan tidak manja, hasil dari didikan abah yang suatu ketika dulu cukup garang dengan saya.
kini abah tak garang dan adik-adik saya jadi MANJA.
Masalahnya sekarang dia memang terkapai-kapai tanpa sebarang keputusan dan tindakan. dah banyak kali dia buat keputusan yang salah dan ikut kehendak hati. Dalam bab kerjaya dan masa depan saya memang tegas. Tapi pendapat dia diambil kira juga.
Oktober 1,2007 at 8:32 am
amber cukup hairan . kenapa orang tua kita nih .. selalunya.. yang sulong dan yang kedua .. mesti dapat rasa penampar jepun .. ngan tali timba… tapi yang bawah bawah .. haram dia nak marah .. kalau kita marah.. kita plak yang kena templak .. bengang betul adik adik Manja nih ..
Oktober 1,2007 at 10:10 am
takde la macam tu..masih ada lagi mak bapa yang tegas..saya tinggal dengan atuk..dulu pernah taknak bangun solat subuh, diikatnya saya dalam guni getah skrap and then letak saya kat atas zink besi..hoho..lepas tu kena siram dengan air paip..keh keh keh
mak ayah yang dah memanjakan anak ni maybe sebab diorang dah tak larat..maksudnya biarla yang sulung dan kedua ambil peranan..jaga adik2..
tak semestinya garang itu yang terbaik,,
saya pernah lihat seorang ibu..baik sungguh teguran dia pada anknya..
kesnya macam ni..anak dia berebut2 mainan dengan anak member dia..taknak mengalah 2 budak tu..
tahu tak apa yang emak dia cakap? marah? tegur lembut? beli mainan lain?
tak tak tak..
emak dia cakap macam ni je ( lebih kurang le )..” adik, tak baik adik rebut2 yang bukan hak adik..tuhan marah..adikkan nak masuk syurga..tuhan sayang orang yang buat baik pada orang lain, adik nak masuk syurga kan? ”
hohoho..bagusnye mak yang macam ni..si anak tu ikut je mengiyakan…
opss..lari topik tak? 🙂
Oktober 1,2007 at 4:24 pm
belajarlah selagi mampu sebab ilmu tu tak penah habis
Oktober 1,2007 at 6:18 pm
10 tahun tu untuk satu course… kalau pi bertapa pun tak sampai setahun…hehehe..
Oktober 2,2007 at 12:13 am
salam bayan,
10 tahun adalah satu jangka masa yang panjang dan tidak efektif , adalah berbaloi menilai kursus yang bertepatan dan efektif dari segi penawaran, masa dan kos…..
Memang benar adik awak masih boleh bekerja dan belajar…ini adalah lebih baik sekira nya sudah mendapat peluang di depan mata…suasana sekarang kerja adalah amat sukar untuk para siswazah….. jalan yang elok jangan lepaskan kedua-dua peluang ini….
Oktober 2,2007 at 12:26 am
adi dan diariadsense : budak-budak zaman sekarang kena guna pelbagai kaedah untuk mendidik mereka. kekerasan, dan kelenbutan harus di selang seli agar anak yang terhasil tahu nilai sopan santun dan berdikari.
geneticthylon dan de kerinchi : saya pun hairan, mana la dia dapat maklumat pengajian sampai 10 tahun tu… saya amat terkejut. sebab tu kategorikan soalan dia sebagai soalan budak tadika sebab yang bagitahu adik saya tu, cikgu sekolah tadika…hehehhehe…tak faham.
minami...belajar apa sahaja untuk jadi manusia. hidup kan hanya sekali…siapa yang rasa ada sembilan nyawa, sila angkat lidah…hehhehehhee
Oktober 30,2007 at 2:54 am
[…] Ita, dalam kelam kabut dan tidak yakin telah pun berangkat ke Putrajaya untuk menyelesaikan sesi temuduga sebagai jururawat pelatih separa perubatan. […]
November 19,2007 at 12:54 pm
[…] tanya saya lagi..[ini bukan soalan budak tadika. Saya fahami apa yang ibu jelaskan cuma saya mahu belajar sesuatu dari pengalaman […]
November 20,2007 at 8:58 am
[…] tanya saya lagi..[ini bukan soalan budak tadika. Saya fahami apa yang ibu jelaskan cuma saya mahu belajar sesuatu dari pengalaman […]