Entri ini diambil dari e-surat yang saya terima.

Dari apa yang yang diberitahu, satu kajian yang telah dibuat oleh PPIM baru-baru ini, dikhuatiri 95% makanan yang dijual di luar mungkin tidak halal atau telah dicemari oleh ramuan yang tidak halal. Kajian yang dimaksudkan adalah di kalangan kedai makan dan juga medan selera ( terutama di kompleks pejabat dan beli belah ) di serata Ibu kota dan di Petaling Jaya/ Subang Jaya.

Bilangan responden yang dikaji melebihi 200 milik peniaga Islam Melayu. Antara soal selidik yang dibuat adalah mengenai serbuk perasa, sos, sos kicap, sos tiram dll yang digunakan oleh para peniaga. Didapati kebanyakan sos dan perasa yang digunakan adalah diimpot daripada Thailand, China, Vietnam atau yang lainnya yang dibekalkan oleh orang-orang bukan Islam.

Antara persoalan yang amat merunsingkan adalah bagi serbuk perasa yang digunakan oleh para peniaga Islam yang kebanyakannya diimpot daripada Thailand. Apa yang kita ketahui adalah hanya Ajinomoto yang ada menerima sijil halal JAKIM. Yang lain tidak. Dari maklumat yang diperolehi juga lebih 50% penggunaan serbuk perasa tempatan diimpot daripada Negara-Negara yang tiada sebarang pensijilan halal yang boleh diyakini.

Jika anda makan di restoran Islam pun anda mungkin termakan bahan tidak halal kerana:-

a. Ramuan perasa yang digunakan tidak mempunyai sijil halal atau tidak melalui proses pensijilan halal;

b. Bahan-bahan seperti mee, tauhu, ikan masin (yang dijemur, kebanyakan terdedah kepada haiwan haram!) pucuk, kicap, cuka, sos pada asasnya tidak haram tetapi melalui pencemaran dalam proses pembikinan;

c. Proses –proses yang menjadikan bahan makanan tidak halal dan tidak suci;

d. Proses penghantaran (pengedaran) dan juga proses penyimpanan;

e. Penggunaan peralatan sudu, garpu, mangkuk yang sama semasa menghidangkan makanan seperti di kompleks- kompleks makanan terkini yang mana peniaga Islam dan bukan Islam menggunakan peralatan makanan yang sama dan dibasuh setempat;

f. Kebanyakan pembekal makanan yang membekal Ayam dan lain-lain bahan adalah orang bukan Islam.

Anda perlu ingat apakah fungsi makanan halal dan doa kita orang Islam? Apakah kaitan makanan halal dan juga keberkatan hidup dan hati yang tenang? Kita bersama cuba menjawab soalan tersebut. Di lain masa, tentukan anda tanya makcik yang jual: pakai mee Islam? Pakai sos Islam? Pakai kicap Islam? Pinggan dan mangkuk kongsi? Adakan ayam yang dijual diambil daripada orang Islam?

Saya biasa ternampak pembekal makanan bukan Islam membekalkan ayam kepada penjual makan Islam. Apakah jaminan pembekal memahami apa yang diperlukan oleh orang Islam.

Selain itu, kita semua mempunyai kuasa dan bertanggungjawab untuk menentukan para penjual makanan bukan Islam tidak menggunakan peralatan makanan yang sama dengan orang Islam bagi mengelakkan pencemaran di Food Court.

Apakah jaminan atau halangan makanan yang dimasak di rumah oleh pengusaha makanan bukan Islam tidak mencemarkan peralatan makanan di medan selera apabila makanan yang dimasak di rumah menggunakan peralatan makanan yang sama?

Dato Hj Salleh Yusof, Ketua Pengarah DBKL dan lain-lain Ketua Pengarah Dewan Bandaraya dan juga Majlis Perbandaran harus meneliti apa yang dibincangkan dan tentukan apa keperluan dan kehendak orang Islam (terutama yang agak jahil dalam isu peralatan makanan yang sama). Adakah pihak berkuasa sanggup diam setelah mendapat maklumat tersebut di atas.

Kita sama-sama tanya dan jawab! Sebenarnya, banyak lagi yang perlu dibincang tetapi oleh kerana saya tidak mendapat maklumat secara rasmi maka setakat ini sahajalah. Ingat, duit milik kita, kuasa di tangan kita, maka kita berhak pilih makanan yang bagaimana!

Advertisements